Powered by Blogger.

Wednesday, May 02, 2012

Ibu Dipenjara Seumur Hidup Benarkan Bayi Dirogol Profesor Kolej

  NR       Wednesday, May 02, 2012

Tessa L. Vanvlerah

St Louis – Seorang wanita dihukum penjara seumur hidup selepas mengaku salah membenarkan anaknya berusia lima bulan dirogol oleh seorang profesor sebuah kolej yang dikenalinya melalui dalam talian, tiga tahun lalu.

Hakim turut menolak rayuan peguam bela tertuduh supaya Tessa L. Vanvlerah, 22, diberikan tempoh percubaan kerana mengalami penyakit ganguan psikologi.

Sementara profesor tersebut, Kenneth M. Kyle, 49, dihukum penjara 37 tahun enam bulan selepas mengaku salah atas tuduhan mendera bayi berkenaan beberapa kali pada 2009.

Kegiatan keji itu terbongkar selepas polis menemui gambar lucah melibatkan kanak-kanak dalam komputer Kyle, sehingga memaksa polis melakukan siasatan.

Kyle turut mengunjung bayi berkenaan beberapa kali dan dalam lawatan tersebut, dia telah mengadakan hubungan seks dengan bayi tersebut termasuk di hotel.

Selain Kyle, Vanvlerah juga telah menjemput lelaki lain melalui dalam talian untuk mengadakan hubungan seks dengan bayinya.

Dia juga bersedia memuat naik gambar Kyle dan bayi perempuannya itu.

Sementara itu, ibu angkat kepada bayi berkenaan, memberitahu mahkamah, bayi tersebut yang kini berusia tiga tahun akan menjerit apabila dimandikan atau ditukarkan lampin.

Selain mengalami mimpi setiap malam, dia juga tidak membenarkan orang lain memasuki rumah berkenaan.

Dalam pada itu, seorang wanita berjaya mendapatkan perintah perlindungan terhadap Vanvlerah, daripada mendekati anak lelakinya yang berusia 16 tahun dan menghidap autistic.

Remaja lelaki berkenaan dipercayai bapa kepada bayi Vanvlerah.

Sumber: Courthousenews
logoblog

Thanks for reading Ibu Dipenjara Seumur Hidup Benarkan Bayi Dirogol Profesor Kolej

Previous
« Prev Post

No comments: