Powered by Blogger.

Friday, May 04, 2012

Kes Nayati: Keluarga Bayar Wang Tebusan, Polis Buru Penculik

  NR       Friday, May 04, 2012

KUALA LUMPUR - Polis kini memburu penculik Nayati Shamelin Moodliar selepas kanak-kanak warga Belanda itu selamat ditemui di Sungai Buloh hari ini, seminggu selepas diculik semasa perjalanan ke sekolahnya di Mont Kiara di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, sehingga kini belum ada tangkapan dibuat.

"Jika sabit kesalahan (mengikut seksyen 3 Akta Culik) boleh dihukum gantung sampai mati atau dipenjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Nayati, 12, ditemui selamat di kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Buloh, Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), di sini pada pukul 7.55 pagi ini setelah dilapor hilang Jumaat lepas.

Nayati, yang dilapor dilarikan dua lelaki berhampiran Sekolah Antarabangsa Mont' Kiara ketika berjalan berseorangan ke sekolahnya Jumaat lepas, kini berada di pangkuan ibu bapanya. 

Mohmad berkata wang tebusan telah dibayar kepada sekumpulan penculik pada tengah hari semalam di Cheras sebelum keluarga Nayati menerima panggilan daripada satu nombor telefon bimbit untuk mengambil anak mereka di Sungai Buloh, hari ini.  

- SH
logoblog

Thanks for reading Kes Nayati: Keluarga Bayar Wang Tebusan, Polis Buru Penculik

Previous
« Prev Post

No comments: