Powered by Blogger.

Wednesday, May 02, 2012

Mayat Pelajar UMP Lemas Ditemui

  NR       Wednesday, May 02, 2012
KUANTAN - Mayat pelajar Universiti Malaysia Pahang, Ang Kent Chin, 21, yang lemas selepas dihanyutkan air ketika mandi di kawasan perkelahan Air Terjun Bekelah dekat Gambang ditemui petang semalam.

Mayat ditemui kira-kira 7.17 malam di kawasan tersebut tetapi hanya dapat dikeluarkan kira-kira 10 pagi tadi dengan menggunakan helikopter polis. 

Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata usaha mengeluarkan mayat mangsa terpaksa ditangguhkan sehingga pagi tadi berikutan keadaan cuaca yang gelap dan hujan lebat. 

Mayat pelajar yang berasal dari Johor Baharu itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Difahamkan mangsa bersama rakan-rakannya pergi ke kawasan perkelahan itu untuk melakukan aktiviti kegiatan kokurikulum mereka. - Bernama
logoblog

Thanks for reading Mayat Pelajar UMP Lemas Ditemui

Previous
« Prev Post

No comments: