Powered by Blogger.

Friday, May 04, 2012

Pelajar Warga Nigeria Dipenjara 4 Tahun Miliki Pas Palsu

  NR       Friday, May 04, 2012
SEPANG - Seorang pelajar warga Nigeria terpaksa menghadapi hukuman penjara selama empat tahun selepas dia disabitkan bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan memiliki pas pelajar palsu.

George Chijioke Mark, 27, pelajar Kursus Asas Sains di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur didakwa kerana menggunakan pas pelajar palsu semasa di Kaunter CIMB Bank, Cyberjaya, 13 April lalu.

Hakim, Zuhrinah Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah dan turut menetapkan tertuduh diusir dari negara ini setelah selesai hukuman penjara oleh pihak Imigresen.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 467 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 20 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Zaflee Pakwanteh merayu mahkamah meringankan hukuman kerana dia tidak menyedari pas pelajar adalah palsu.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret di sini, seorang lagi lelaki warga Nigeria, Micheal Afamefuna, 30, didakwa kerana memiliki tujuh keping wang kertas USD100 palsu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 489c Kanun Keseksaan itu, hakim Wan Norhisham Wan Yaakob menjatuhkan hukuman 8 bulan penjara bermula tarikh tangkap, 11 April lalu.

- Sh

logoblog

Thanks for reading Pelajar Warga Nigeria Dipenjara 4 Tahun Miliki Pas Palsu

Previous
« Prev Post

No comments: