Powered by Blogger.

Wednesday, May 23, 2012

SMK Penrissen No 1 Juara Kejohanan Liga Hoki Tertutup Sarawak (Bawah 19 Tahun)

  NR       Wednesday, May 23, 2012

KUCHING: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penrissen No.1 membuktikan kehebatan mereka apabila merangkul mahkota juara Kejohanan Liga Hoki Tertutup Sarawak (Bawah 19 Tahun) di Stadium Astroturf Padungan, di sini semalam.

SMK Penrissen mene-waskan SMK Meradong, Sarikei 2-0 pada perlawanan akhir yang cukup menarik.

Pemain berbakat SMK Penrissen, Luther Vandross Thomson telah melakukan ‘jaringan emas’ gol pertama menerusi pukulan sudut penalti pada babak pertama.

Jaringan kedua pula dilakukan oleh Andrew Abrandren Vylienden dalam masa lima minit terakhir permainan.

Pengurus pasukan, Aras @ Aris Selutan ternyata amat gembira dengan prestasi anak-anak buahnya dalam perlawanan akhir semalam dan sepanjang kejohanan.

“Pemain-pemain kami berjaya mempamerkan persembahan hebat, komitmen serta semangat perjuangan tinggi untuk mencapai kejayaan ini,” katanya.

Aras memberitahu bahawa SMK Penrissen No 1. hanya tewas satu perlawanan iaitu dibenam SMK Asajaya B 1-2 dan seri dua kali serta memenangi semua perlawanan.

Mereka mengumpul 35 mata bagi mengungguli carta liga sementara SMK Meradong menduduki tempat kedua atas perbezaan gol, selepas kedua-dua pasukan terikat jumlah mata yang sama.

“Kami mempunyai empat pemain dalam tingkatan lima dan dua masing-masing di tingkatan empat dan tingkatan dua. Ini bererti kami mempunyai pasukan yang kuat untuk tahun depan bagi mempertahan kejuaraan,” katanya.

Hadiah pemenang disampaikan oleh Setiausaha Persatuan Hoki Sarawak (PHS), James Brodie.
Dalam ucapannya, James berkata kejohanan itu akan diadakan berskala lebih besar pada tahun akan datang.

“Kami akan menganjurkan kejohanan terbabit semasa cuti sekolah tahun depan bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan,” katanya.

Lima belas pasukan dari tujuh buah sekolah telah mengambil bahagian dalam kejohanan julung kali itu yang diadakan selama tiga minggu, dengan jumlah sebanyak 115 perlawanan.

Pasukan terbabit adalah SMK Penrissen no.1 A, B dan C, SMK Muara Tuang A, B dan C, SM Sains A, B dan C, SMK Lake A dan B, SMK Asajaya A dan B, SMK Paku dan SMK Meradong.

Kejohanan itu bertujuan memilih lapan pemain untuk membentuk skuad bawah 19 tahun Sarawak bagi bertanding ke Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) yang bakal berlangsung di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada bulan November depan.

- UB, 21 Mei
logoblog

Thanks for reading SMK Penrissen No 1 Juara Kejohanan Liga Hoki Tertutup Sarawak (Bawah 19 Tahun)

Previous
« Prev Post

No comments: