Powered by Blogger.

Wednesday, May 02, 2012

Tadika Dipecah Masuk, Televisyen 32 Inci Hilang

  NR       Wednesday, May 02, 2012

KUCHING: Sebuah tadika di Sungei Tengah, Matang semalam dipecah masuk mengakibatkan satu unit televisyen 32 inci berharga RM3,000 hilang.

Kejadian itu disedari pengetuanya pada awal pagi.

Berdasarkan laporan polis, suspek memasuki tadika berkenaan melalui bahagian belakang dengan memecahkan pagar.

Suspek dipercayai berjaya menyelinap masuk ke dalam tadika menerusi tingkap yang pecah.

Dalam kejadian berasingan, seorang wanita yang membeli-belah di Pasar Satok pada pagi Ahad lepas kehilangan beg tangan selepas diragut.

Menurut mangsa, beg tangannya mengandungi wang tunai RM500, MyKad, kad ATM dan kad kredit.

- UB
logoblog

Thanks for reading Tadika Dipecah Masuk, Televisyen 32 Inci Hilang

Previous
« Prev Post

No comments: