Powered by Blogger.

Wednesday, June 06, 2012

Kerajaan Terengganu Kenal Pasti Dua Pelajar Tajaannya Terlibat Dalam Bersih 3.0

  NR       Wednesday, June 06, 2012

KUALA TERENGGANU 2 Jun - Dua pelajar tajaan Yayasan Terengganu yang dikenal pasti terlibat dengan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara April lepas, diberi surat tunjuk dan nasib mereka bakal diketahui sebaik sahaja mesyuarat lembaga pengarah berlangsung dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, tindakan pelajar yang sedang menuntut di Trefound Educare, syarikat milik penuh Yayasan Terengganu, menyertai perhimpunan itu seolah-olah mencabar kerajaan sedangkan mereka tahu syarat dan peraturan sebagai pelajar.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengaitkan kedua-dua pelajar degil itu berikutan rakaman yang diperoleh serta dimuat naik sendiri dalam laman sosial kepunyaan kedua-dua pelajar itu, masing-masing berasal dari Durian Burung di sini dan Rhu Renggeh, Marang.

Setakat ini. pihaknya masih dalam usaha mengenal pasti beberapa pelajar lagi yang terlibat dalam perhimpunan haram itu untuk dikenakan tindakan yang sewajarnya, kata Ahmad kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau kesal kerana masih ada pelajar yang tidak mengambil iktibar dan pengajaran terhadap tindakan menarik balik serta-merta pinjaman sembilan pelajar sebelum ini kerana kesalahan menyertai demostrasi haram di luar negara. - BERNAMA
logoblog

Thanks for reading Kerajaan Terengganu Kenal Pasti Dua Pelajar Tajaannya Terlibat Dalam Bersih 3.0

Previous
« Prev Post

No comments: