Powered by Blogger.

Saturday, June 30, 2012

RM49 Juta Naif Taraf Makmal Sekolah Dengan Kelengkapan F1

  NR       Saturday, June 30, 2012

MELAKA: Kementerian Pelajaran membelanjakan sebanyak RM49 juta untuk menaik taraf kemudahan makmal reka cipta di 114 sekolah menengah di seluruh negara dengan kelengkapan perkakasan Formula Satu (F1) yang diimport khas dari United Kingdom sebagai memperkasa kemahiran reka cipta di kalangan pelajar.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata pada tahun ini sahaja RM500,000 diperuntukkan bagi keperluan penyelenggaraan dan pembaikan kecil perkakasan F1 yang telah rosak dan usang.

“Sejumlah RM1.66 juta juga diperuntukkan bagi membiayai kos pembelian bahan habis guna F1 di sekolah-sekolah pada tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan kem ‘F1 in Schools’ peringkat kebangsaan di sini, semalam.

Beliau berkata bahan habis guna akan diagihkan ke sekolah tersebut sebelum pertandingan ‘F1 in Schools’ peringkat kebangsaan yang berlangsung di Pulau Pinang pada Oktober depan.

Katanya pertandingan itu mencatatkan peningkatan penyertaan daripada 54 pasukan pada 2011 kepada 147 pasukan, termasuk satu penyertaan daripada Permata Pintar pada tahun ini. — Bernama
logoblog

Thanks for reading RM49 Juta Naif Taraf Makmal Sekolah Dengan Kelengkapan F1

Previous
« Prev Post

1 comment: