Pegawai Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Azmi Ibrahim berkata, bilik yang musnah dalam kebakaran kira-kira 9.55 malam itu ialah bilik kaunseling, bilik sukan, bilik pendidikan seni dan bilik suis utama.
Katanya, seramai 16 anggota bomba membabitkan empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok dan Pengkalan Chepa dengan dibantu oleh anggota bomba sukarela, berjaya mengawal api daripada merebak ke bangunan berhampiran dan kebakaran dapat dipadam sepenuhnya pada 11.15 malam.
Unit Siasatan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu sedang menyiasat punca kebakaran itu, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, Pegawai Pelajaran Daerah Bachok Saupi Majid berkata, kebakaran itu tidak menjejaskan pembelajaran lebih 800 pelajar sekolah berkenaan kerana ia tidak melibatkan bilik darjah. – BERNAMA, 16 Julai
No comments:
Post a Comment