Powered by Blogger.

Tuesday, July 24, 2012

Bekas Guru Besar Naik Pangkat Secara 'Time-Based' Selepas Pencen

  NR       Tuesday, July 24, 2012
Hasmah menunjukkan surat keputusan kenaikan pangkatnya daripada DG34 ke DG38.

TUMPAT – “Alhamdulillah, rezeki selepas pencen," kata bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Pasir, Che Hasmah Salleh, 56, yang dinaikkan pangkat secara 'Time-Based' daripada DG34 ke DG38.

Hasmah berkata, dia bersara daripada jawatan guru besar pada 8 April lalu, bagaimana pun teruja apabila menerima surat kenaikan pangkat selepas dia pencen.

Hasmah berkata, mungkin rezekinya selepas pencen, kenaikan pangkat ini satu rahmat buatnya.

“Begitu juga kepada guru–guru lain menerima kenaikan pangkat secara ini, mereka perlu tunjukkan prestasi baik demi kecemerlangan pendidikan,” katanya.

Hasmah berkata demikian ketika Majlis Penyampaian Surat Keputusan Kenaikan Pangkat Program Perkhidmatan Perguruan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tumpat 1.

Penyerahan surat keputusan itu disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang kepada kira-kira 183 guru di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tumpat.

Hussain berkata, istimewanya kenaikan pangkat secara 'Time-Based' dinilai berdasarkan kecemerlangan guru itu sendiri.

“Sebelum ini kenaikan pangkat bagi guru lepasan diploma hanya setakat DG32, tetapi sekarang ini kenaikan hingga DG34, setaraf dengan jawatan guru besar,” katanya.

- SH
logoblog

Thanks for reading Bekas Guru Besar Naik Pangkat Secara 'Time-Based' Selepas Pencen

Previous
« Prev Post

No comments: