Powered by Blogger.

Tuesday, July 17, 2012

Pengambilan Ke-2 Diploma Teknologi Makmal Perubatan di Kolej I-Systems Miri

  NR       Tuesday, July 17, 2012


SIBU: Kolej I-Systems Miri menyeru kepada semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak untuk datang mendaftar bagi pengambilan kedua Diploma Teknologi Makmal Perubatan sebelum 20 Julai 2012.

Teknologi Makmal Perubatan (MLT) merupakan satu komponen penting bagi industri berkaitan perkhidmatan kesihatan di mana diploma ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dengan berkesan menggunakan instrumen/kelengkapan peralatan makmal canggih dan melaksanakan pelbagai ujian makmal.

Dengan kemajuan sains dan teknologi, kebanyakan ujian atau prosedur pemeriksaan kini adalah automatik.

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa prosedur yang berdasarkan kaedah konvensional terutama dalam bidang mikrobiologi dan parasitologi.

Juruteknologi Makmal Perubatan memainkan peranan sebagai kumpulan sokongan yang penting kepada doktor dan jururawat dalam memilih dan menentukan ujian makmal sesuai serta memastikan kaedah pengumpulan yang betul.

Mereka kemudiannya menerima spesimen pesakit, menganalisis spesimen, mentafsir dan melaporkan keputusan.

Patologis boleh mengesahkan hasil diagnostik, tetapi sering Juruteknologi Makmal Perubatan bertanggungjawab untuk mentafsir dan berkomunikasi tentang keputusan pesakit kritikal kepada doktor.

Terdapat pelbagai kerjaya untuk Graduan Juruteknologi Makmal Perubatan, terutamanya di hospital-hospital dan pusat perubatan.

Terdapat juga peluang kerjaya dalam makmal diagnostik, institusi pendidikan, dan pengeluar produk biologi dan organik serta dengan pembekal peranti farmaseutikal dan perubatan.

Kolej I-Systems Miri buat masa ini sedang menerima pelajar bagi Diploma MLT. Kolej juga menawarkan persekitaran yang kondusif dan komprehensif untuk belajar.

Makmal kemahiran di kolej juga menekan kepentingan kelas kemahiran secara praktikal bagi menyediakan pelajar dengan pendedahan maksimum dan pengalaman untuk mendapatkan pekerjaan serta-merta.

Kumpulan Kolej I-Systems juga mempunyai cawangan-cawangan kampus di Kuching, Klang, Johor Bahru, Bukit Mertajam dan kampus baharu di Kota Kinabalu akan dibuka tahun ini.
Bangunan kampus baharu Kolej I-Systems Miri kini terletak di Lot 12232-12241, Jalan Simanggang Taman Tunku.

Kolej dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat (9.00 pagi – 5.00 petang) dan Sabtu (9.00 pagi – 1.00 petang).

Oleh kerana bilangan pengambilan yang terhad, pelajar dinasihati untuk datang mendaftar secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang kekecewaan.

Syarat kelayakan masuk Diploma MLT adalah lulus SPM dengan tiga kredit termasuk satu kredit dalam Sains.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi 085-439080.

Bagi pemegang SPM yang tinggal di Limbang, Marudi, Lawas sila hubungi Randy Leslie (019-4890344) untuk temu duga terbuka atau pendaftaran.

Mereka yang tinggal di sekitar Miri, Batu Niah, Bekenu boleh menghubungi Souisa Ding (0168980604).

Calon boleh juga SMS nama dan alamat ke 016-8865987 untuk membolehkan pihak kolej menghantar butir-butir kursus melalui pos.

Calon adalah dijemput untuk menghadiri temu duga terbuka yang dianjurkan oleh pihak kolej di tempat-tempat berikut:

Dewan Kampung Pangkalan Lutong (18, 23 dan 30 Julai, 9.30 pagi -1.00 petang), Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Miri (19, 24 dan 31 Julai, 9.30 pagi -1.00 petang),Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kecil Niah (20, 25 Julai dan 1 Ogos, 9.30 pagi -1.00 petang), Balai Raya Riam Taman Tunku (26 Julai dan 2 Ogos, 9.30 pagi -1.00 petang) dan Ruang Legar Emart, Permyjaya (21 Julai, 10.00 pagi – 3.00 petang).

Mereka yang tinggal di sekitar Limbang, Marudi dan Lawas dijemput untuk menghadiri temu duga terbuka seperti berikut:

Conference Room, Shang San Hotel, Lawas (18 , 23 dan 30 Julai, 9.30 pagi -2.00 petang), Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Limbang (19, 25 Julai dan 1 Ogos, (9.30 pagi -12.00 tengah hari ),Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Medamit (19, 25 Julai dan 1 Ogos, 2.30 petang -4.30 petang) Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Marudi (20, 26 Julai dan 2 Ogos, 11.00 pagi -2.00 petang), Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Sundar (24 dan 31 Julai, 9.30 pagi – 12.00 tengah hari) dan Dewan Masyarakat Trusan (24 dan 31 Julai, 2.30 petang -4.30 petang).

Sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan keputusan SPM anda semasa temu duga terbuka ini.

- UB
logoblog

Thanks for reading Pengambilan Ke-2 Diploma Teknologi Makmal Perubatan di Kolej I-Systems Miri

Previous
« Prev Post

No comments: