Powered by Blogger.

Sunday, July 15, 2012

PPD Janji Selesai Tunggakan Elaun 62 Pengawal Keselamatan Sekolah

  NR       Sunday, July 15, 2012


KERIAN - Seramai 62 pegawal keselamatan di 21 sekolah menengah di daerah ini termasuk Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kerian yang sebelum ini mengalami masalah tunggakan elaun selama dua bulan kini lega apabila diberi jaminan  tunggakan itu akan diselesaikan dalam minggu ini.

Jurucakap kumpulan itu, Mohd Noor Ismail berkata, pihaknya dimaklumkan bahagian pengaduan awam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bahawa kementerian itu memberikan tempoh seminggu kepada PPD Kerian dan syarikat  pengawal keselamatan terlibat untuk menyelesaikan bagi tunggakan elaun yang melebihi RM1,700 setiap kakitangan.

Menurutnya, dalam pertemuan dengan pegawai PPD Kerian Jumaat lalu, pihaknya dimaklumkan peruntukan pembayaran invois syarikat sudah diserahkan KPM kepada PPD Kerian untuk disalurkan kepada syarikat berkenaan minggu lalu.

“Pegawai PPD yang hadir menjelaskan seharusnya masalah tunggakan elaun tidak akan berbangkit memandangkan perjanjian asal di antara syarikat pengawal keselamatan dengan KPM adalah mereka harus menggunakan dana sendiri untuk membiayai gaji kakitangan terlebih dahulu sebelum menerima pembayaran tuntutan.

“Bagaimanapun, pihak syarikat enggan mendahulukan wang syarikat dan saya berharap peruntukan yang disalurkan PPD bagi setiap tiga bulan sekali akan menyelesaikan masalah kami,” katanya. Mohd Noor berkata, pihaknya akan menunggu pembayaran tunggakan sehingga 13 Julai ini dan jika masih tiada pembayaran dibuat, satu tindakan susulan akan dibuat.

- SH, 10 Julai
logoblog

Thanks for reading PPD Janji Selesai Tunggakan Elaun 62 Pengawal Keselamatan Sekolah

Previous
« Prev Post

No comments: