Powered by Blogger.

Wednesday, July 04, 2012

Projek Membaik Pulih Bangunan SM Sains Miri Jadi 'Projek Sakit'?

  NR       Wednesday, July 04, 2012

Dr. Puad mendengar keterangan daripada wakil kontraktor berhubung kelewatan projek membaikpulih SM Sains Miri hari ini. 

JALAN BAKAM 2 Julai– Projek membaikpulih bangunan SM Sains Miri yang menelan kos RM10.9 juta mungkin dikategorikan sebagai ‘projek sakit’ sekiranya gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi berkata, projek yang bermula November lalu itu sepatutnya sudah diserahkan dua bulan lalu, namun sehingga kini projek tersebut masih belum dilaksanakan sepenuhnya.

“Projek ini melibatkan kerja membaikpulih 22 bangunan termasuk blok sekolah, asrama dan surau dan daripada jumlah itu, hanya 8 bangunan sedang dilaksanakan manakala 14 lagi belum disentuh,” katanya semasa meninjau pelaksanaan projek itu di SM Sains Miri hari ini.

Dr. Puad yang kesal dengan kelewatan itu berkata, kontraktor pelaksana diberi tempoh sehingga September ini untuk menyiapkan kerja-kerja membaikpulih tersebut.

“Saya mahu projek ini diberi perhatian serius dan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, kerana jika tidak ia akan dikategorikan sebagai ‘projek sakit’,” katanya yang sudah empat kali melawat sekolah itu sejak tahun lepas.

Sementara itu, difahamkan projek tersebut hanya siap 20 peratus dan kontraktor memberikan pelbagai alasan kelewatan antaranya masalah pendawaian dan tidak cukup pekerja.

- Miri Today / The Borneo Post
logoblog

Thanks for reading Projek Membaik Pulih Bangunan SM Sains Miri Jadi 'Projek Sakit'?

Previous
« Prev Post

No comments: