Powered by Blogger.

Thursday, July 19, 2012

Tujuh penuntut universiti sesat di hutan ditemui selamat

  NR       Thursday, July 19, 2012

KUALA LUMPUR - Tujuh penuntut sebuah universiti swasta yang tersesat ketika mengadakan latihan mendaki di Hutan Bukit Tabor, Taman Melawati, Ulu Klang di sini sejak petang semalam, ditemui selamat awal hari ini.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata pasukan pencari dan penyelamat yang terdiri daripada 12 anggota Bomba dan Penyelamat, membantu anggota polis dan Jabatan Pertahanan Awam, melancarkan gerakan mencari dan menyelamat sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan daripada seorang mangsa pada 8.40 malam.

Kesemua mangsa berusia lingkungan 20-an.

"Pasukan itu menemui mereka pada kira-kira pukul 1 pagi tadi dalam keadaan tidak bermaya, namun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama di sini.

Kumpulan pelajar yang terdiri daripada empat perempuan dan tiga lelaki itu, memasuki hutan itu pada pukul 4 petang, sebagai latihan persediaan mendaki Gunung Kinabalu, Sabah, namun tersesat ketika mencari jalan pulang. - Bernama
logoblog

Thanks for reading Tujuh penuntut universiti sesat di hutan ditemui selamat

Previous
« Prev Post

No comments: