Powered by Blogger.

Monday, August 06, 2012

JobStreet: Pengambilan pekerja dikurang menjelang akhir tahun

  NR       Monday, August 06, 2012

KUALA LUMPUR - JobStreet.com masih melihat bilangan pekerjaaan yang banyak diiklankan di laman webnya, dengan pengiklanan lebih 20,000 pekerjaan setiap hari.

Ini berlaku walau pun banyak majikan mengambil sikap berhati-hati untuk mengambil pekerja bagi tempoh separuh kedua tahun ini, kata Pengurus Negaranya, Chook Yuh Yng.     
   
Syarikat pengambilan pekerja secara online itu berkata, industri pembinaan menjangka pertumbuhan kukuh prospek pengambilan pekerja bagi tempoh 12 bulan akan datang, katanya.
   
Sebaliknya, sektor pembuatan, ICT, perdagangan, runcit dan pemborongan dijangka mengalami pertumbuhan pengambilan pekerja yang paling rendah bagi tempoh 12 bulan akan datang, katanya dalam satu kenyataan.
   
Laporan Tinjauan JobStreet.com bagi tempoh suku ketiga menunjukkan majoriti industri menjangka mereka akan mengurangkan pengambilan pekerja bagi tempoh tiga hingga enam bulan akan datang.
   
Para pencari kerja dijangka menghadapi cabaran mendapatkan pekerjaan seperti yang diunjurkan oleh majikan, kata laporan itu.
   
Katanya, para pencari kerja yang mempunyai kemahiran jualan, pemasaran dan pembangunan perniagaan paling ramai dikehendaki, diikuti oleh mereka yang berkepakaran dalam komputer dan teknologi maklumat, khususnya dalam bidang perisian, perakaunan dan pentadbiran.
   
Dua pengkhususan yang memasuki senarai 10 teratas ialah kemahiran teknikal dan sokongan meja bantuan dan kejuruteraan dalam kerja awam dan pembinaan. - Bernama
logoblog

Thanks for reading JobStreet: Pengambilan pekerja dikurang menjelang akhir tahun

Previous
« Prev Post

No comments: