Powered by Blogger.

Monday, August 13, 2012

SK Kem Pakit Sri Aman mulakan kempen UPSR Cemerlang

  NR       Monday, August 13, 2012

SAHUT CABARAN...Para murid Tahun Enam SK Kem Pakit bergambar kenangan bersama para guru mereka ketika berlangsungnya Program Kecemerlangan UPSR 2012 di situ bermula dari 17 hingga 19 Julai lepas.


SIBUK...Para murid Tahun Enam SK Kem Pakit ketika menghadiri salah satu aktiviti Program Kecemerlangan UPSR 2012 di situ bermula dari 17 hingga 19 Julai lepas.

SRI AMAN, Jumaat (20 Julai) - Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Pakit Sri Aman telah memulakan persediaan mereka dalam menghadapi Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) pada bulan September tahun ini.

Ia terbukti apabila seramai 27 orang murid Tahun Enam sekolah berkenaan telah melibatkan diri dalam Program Kecemerlangan UPSR 2012 yang berlangsung di sekolah itu bermula dari 17 hingga 19 Julai lepas.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) SK Pakit, Jaleha Johari ketika ditemui berkata program ini bertujuan untuk mengukuhkan perkembangan potensi individu murid ke arah perkembangan yang lebih positif .

"Ia juga bertujuan untuk membina keyakinan murid menerusi pengurusan diri yang efektif disamping memberi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran bagi memantapkan potensi golongan tersebut.

"Justeru kita berharap agar program berkenaan dapat membina ciri-ciri kecemerlangan dalam diri para murid terbabit berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan selepas ini," menurut beliau.

Terdahulu hari pertama penganjuran program ini telah dimulai dengan pendaftaran taklimat, Ice Breaking, Masakan Rimba, Solat Berjemaah Guru / Murid dan aktiviti rohani.

Hari kedua program ini pula dimulai dengan Solat Subuh Bacaan yassin, senaman pagi, ceramah Pengurusan Diri Yang Berkesan oleh Zainal Surat, ADK Membina Maklumat, Kembara Matlamat dan Ceramah Motivasi oleh Ustaz Zulhazmi Bohari.

Hari terakhir program ini kemudiannya diisi dengan aktiviti senaman pagi serta ceramah Mengenal Dan Menjana Potensi Diri oleh Lucy Chou Mee Hong sehingga ia tamat pada jam 12.30 tengahari.

- Utusan Sarawak Sri Aman
logoblog

Thanks for reading SK Kem Pakit Sri Aman mulakan kempen UPSR Cemerlang

Previous
« Prev Post

No comments: