Powered by Blogger.

Saturday, September 01, 2012

Guru Wanita Mengaku Bersalah Melakukan Seks Dengan 3 Pelajar

  NR       Saturday, September 01, 2012

READING: Seorang guru wanita berdepan dengan hukuman penjara semalam selepas mengaku mengadakan seks dengan tiga pelajar lelaki.

Mengaku bersalah: Emma Webb, 41, mengaku memberi nikmat seksual 
kepada tiga remaja lelaki dari sekolah dia bekerja di berhampiran Wokingham, Berkshire.

Emma Webb, ibu dua anak, menangis ketika mengaku bersalah terhadap 16 tuduhan membabitkan pelajar berusia 15 dan 17 tahun. 

Mahkamah sebelum ini diberitahu, guru berusia 41 tahun itu tidur bersama dengan seorang pelajar hingga 12 kali dan melakukan seks dengannya dan seorang lagi pelajar. 

Mahkamah juga diberitahu, Emma yang mempunyai suami, mencium dan memeluk pelajar ketiga serta menghantar imej lucah yang dirakamnya ketika melakukan perbuatan memberahikan pada dirinya sendiri kepada pelajar lain.

Guru itu ditangkap pada Jun lalu selepas seorang pelajar mendedahkan perkara itu kepada ibu bapanya.

Nama pelajar dan sekolah terbabit tidak boleh disiarkan kerana alasan undang-undang. 

Hukuman terhadap Emma yang berasal dari Woodley, Berkshire akan dijatuhkan bulan depan. 

Hakim, John Reddihough memberitahunya di Mahkamah reading: “Hanya kerana kamu mengaku bersalah terhadap tuduhan itu tidak bermakna kami tidak akan dikenakan hukuman.”

Sumber: Daily Mail


logoblog

Thanks for reading Guru Wanita Mengaku Bersalah Melakukan Seks Dengan 3 Pelajar

Previous
« Prev Post

No comments: