Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dipelawa mengikuti sesi “MARA Assessment Centre (MAC)” iaitu sesi pemilihan dan temuduga ke jawatan “Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 dan Pegawai Latihan Vokasional Gred J41/42” seperti makluman berikut :-
TARIKH : 22 SEPTEMBER 2012 (SABTU) – KUMPULAN A
23 SEPTEMBER 2012 (AHAD) – KUMPULAN B
MASA : 7.00 PAGI
TEMPAT : Institut Kemahiran MARA Kuching (IKM), SARAWAK
Jalan Sultan Tengah, Peti Surat 3271
93764, Kuching Sarawak
No. Tel : 04 82441149/023
PERHATIAN :
Sila bawa DOKUMEN ASAL dan satu salinan yang bagi perkara – perkara seperti berikut :-
ü Resume yang lengkap
ü Kad Pengenalan
ü Kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
ü Kelulusan Diploma Perguruan/Pendidikan dan Transkrip (sekiranya ada)
ü Kelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Transkrip
ü Dua (2) keping Gambar Berukuran Passport
ü Cetak tiga (3) Borang Markah Temuduga – di lampiran c.Form 001
ü Cetak dan lengkapkan satu (1) Borang Permohonan Jawatan – di lampiran d.Form Employment Apllication
KAEDAH PENILAIAN :
A. Ujian Psychometric
B. Penilaian Temu Duga
C. Tugasan Individu ( Micro Teaching/Amali Pra- Mengajar)
ü Pemilihan tajuk pengajaran adalah bebas mengikut Subjek mengajar
ü Tempoh masa persembahan pra –mengajar yang diperuntukan adalah 10 minit sahaja.
ü Calon dikehendaki mempraktikan kaedah pengajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan papan putih sahaja.
ü Calon dinilai dari segi personaliti, suara, kreativiti dan kebolehan (bakat mengajar).
KEHADIRAN
ü Sila hadir 30 minit awal sebelum sesi MARA Assessment Centre (MAC) bermula untuk urusan penyelarasan dan dokumentasi, pertukaran tempat dan tarikh temu duga adalah tidak dibenarkan.
ü Calon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak MARA untuk urusan penempatan. ( Sila semak laman web MARA dari semasa ke semasa)
ü Calon yang tidak menerima sebarang panggilan setelah tempoh 6 bulan dari tarikh temuduga dijalankan adalah dianggap tidak berjaya.
v PENTING : GARIS PANDUAN DAN MAKLUMAT LENGKAP SEPERTI DI LAMPIRAN A
* Untuk Senarai Nama Calon-Calon Temuduga Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah sila rujuk email masing-masing yang telahpun dihantar pada 18 September 2012.
Semoga Berjaya
* Untuk Senarai Nama Calon-Calon Temuduga Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah sila rujuk email masing-masing yang telahpun dihantar pada 18 September 2012.
Semoga Berjaya
No comments:
Post a Comment