Powered by Blogger.

Monday, October 08, 2012

Bekas "Raja Pecut" Nazmizan Muhammad & Isteri Terima Ijazah UUM Serentak

  NR       Monday, October 08, 2012
NAZMIZAN dan Suhana menunjukkan ijazah yang diterima kepada dua anak mereka selepas Majlis Konvokesyen UUM di Sintok semalam.

SINTOK - Bekas raja pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad berkongsi kegembiraan dengan isterinya, Suhana Abdul Mutalib apabila kedua-dua mereka memperoleh ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan pada Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) ke-25 di sini semalam.

Nazmizan, 31, dan Suhana, 33, masing-masing menamatkan pengajian dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.62 dan 3.88.

Dia yang ditemui bersyukur kerana hasil penat lelah selama hampir dua tahun menyambung pengajian di peringkat sarjana akhirnya membuahkan hasil.

"Alhamdulillah, hari ini (semalam) saya berkongsi kejayaan dengan isteri dan ini adalah berkat kesungguhan dan pengorbanan kami selama ini," katanya.

Dia yang merupakan Pegawai Tadbir Pusat Sukan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berharap kejayaan itu dapat menjadi inspirasi kepada dua anaknya, Daniya Alesha, 4, dan Aisy Mifzal, 3, untuk berjaya pada masa depan.

- Kosmo


logoblog

Thanks for reading Bekas "Raja Pecut" Nazmizan Muhammad & Isteri Terima Ijazah UUM Serentak

Previous
« Prev Post

No comments: