Ketika Menteri Pengajian
Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin memberi harapan terhadap
nasib 10,200 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang belum
ditawarkan menjadi guru akan diketahui pada pembentangan Belanjawan
2013, 28 September yang lalu merupakan tarikh yang dinanti-natikan
untuk berdepan dengan tv.
Namun, siaran langsung
pembentangan Bajet 2013 menghampakan apabila “berita gembira”
yang diharapkan tidak disebut-sebut oleh Perdana Menteri.
Ketika itu harapan
graduan ISMP IPTA & IPTS musnah ibarat jatuh berdebuk, graduan pendidikan merasakan tertipu dengan harapan palsu Menteri Pengajian Tinggi.
Ramai graduan mulai
bertanya, “tweet” di twitter, FB dsb terhadap penempatan graduan pendidikan
seperti yang dimaksudkan.
Sehinggaah pada tarikh 4
Oktober 2012 (Khamis), YAB Menteri Pelajaran membuat kenyataan media
mengenai perlantikan graduan pendidikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah (PPPS) di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Mengikut
rekod KPM, seramai 10,715 graduan Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) dan ISMP di IPTA akan diberi penempatan, tahun depan. Mereka
adalah kumpulan pelajar yang sudah dan bakal menamatkan pengajian tahun ini di
IPGM serta IPTA, dan akan dilantik ke jawatan PPPS.
Tahniah
kepada Graduan IPG dan IPTA dalam bidang pendidikan yang berjaya dan akan
dilantik sebagai pendidik kelak.
Bukan soal tidak diiktiraf, Ini buktinya Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Unitar menerima pengiktirafan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Namun,
sebaliknya berlaku kepada graduan IPTS dalam bidang pendidikan sehingga ke hari
ini tidak dapat menarik nafas lega apabila tiada berita gembira daripada kerajaan
buat mereka.
Akbar kemarin mengatakan kajian Kementerian Kesihatan menunjukkan ketika ini, kira-kira 8,000 lulusan kolej
kejururawatan menganggur. "Ada
lulusan kolej kejururawatan swasta yang terpaksa menganggur sehingga tiga
tahun. "Masalah ini berlaku kerana tidak ada keseimbangan di antara
jumlah pelajar yang mengikuti latihan kejururawatan dan peluang pekerjaan yang
ada," Menteri Sumber
Manusia, Datuk Seri Dr S.
Subramaniam.
Sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian
Kesihatan akan berbincang untuk mencari penyelesaian menyeluruh supaya wujud
keseimbangan antara jumlah lulusan kejururawatan yang dikeluarkan dan keperluan
semasa.
Pertanyaan saya, adakah Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan mereka yang
bertanggungjawab membuat kajian terhadap graduan Pendidikan IPTS sama seperti
Kementerian Kesihatan yang perihatin terhadap masalah lulusan kejururawatan di
IPTS?
Pihak Kementerian Pelajaran tidak menawarkan penempatan kepada
graduan pendidikan IPTS kerana pihak universiti tidak menghantar senarai
pelajar yang mengambil jurusan ini adalah bukan alasan untuk pihak KPM tidak mengambil berat terhadap graduan ini.
Pelbagai bantuan diharapkan seperti mengeluarkan masalah ini di akhbar tempatan dalam 3 bahasa itu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia & Bahasa Iban sebelum ini adakah mereka masih belum tahu? Ini beerti pihak KPM tidak membuat kajian terhadap bakal guru lulusan IPTS!
Pelbagai bantuan diharapkan seperti mengeluarkan masalah ini di akhbar tempatan dalam 3 bahasa itu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia & Bahasa Iban sebelum ini adakah mereka masih belum tahu? Ini beerti pihak KPM tidak membuat kajian terhadap bakal guru lulusan IPTS!
Maka saya bersetuju dengan akhbar di Utusan Borneo pada
tarikh 8 Febuari lalu di mana Pengerusi Kolej SIDMA Sabah dan Sarawak, Profesor
Dr Mornie Kambrie meminta agar tidak mendiskriminasi
graduan kursus pendidikan dari kolej swasta dengan tidak menerima mereka untuk
mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
Saya puji program yang
membantu graduan “bekerja dan mendapat upah” berbentuk sementara. Apapun saya
berharap graduan ini dapat diserap berdasarkan prestasi yang ditunjukkan
serta kesungguhan untuk bekerja.
- Program Latihan Pemerkasaan Keupayaan Siswazah (CGB)
- Skim Latihan 1Malaysia (SL1M),
- Industrial Skill Enhancement Programmes (INSEP),
- Graduate Employability Management Scheme (GEMS),
Dan yang terbaru
menerusi Bajet 2013 iaitu Penubuhan Graduate Employability Taskforce (GET) untuk memperkukuh
kebolehpasaran graduan & bidang kerjaya.
Di
sini saya tidak tidak suka berketekak. Dari awal lagi isu yang saya tulis
memperjuangkan halatuju graduan ISMP IPTS. IGPM, KPLI, DPLI, IPTA, GSTT dan
IPTS semuanya berhak dan diberi peluang untuk menjadi guru.
Apa
yang saya harapkan adalah penyelesaian. Penyelesaiannya hanya satu, membuka
ruang temuduga terbuka semula Guru Sandaran Terlatih (GST) yang diharapkan
sehingga kini. Sampai bila graduan ISMP IPTS harus bersabar, berharap &
berdoa agar sehingga sesuatu akan terjadi? Terpaksa menganggur untuk 1,2,3,4,5
…tahun lagi? Sudah hampir satu penggal tidak juga dapat selesaikan...
"Kerana Faham Aku Menulis, Kerana Mengerti Aku
Berkongsi"
Igat, 9 Oktober 2012
Tunggu akhbar akan datang hasil "Refleksi besar halatuju graduan ISMP di S'wak
Tunggu akhbar akan datang hasil "Refleksi besar halatuju graduan ISMP di S'wak
Rujukan:
- Position of Bachelor of
Education Graduates Will Be Announced In 2013 Budget (Bernama ,
13-09-2012)
- Nasib 10,200 graduan
pendidikan diketahui 28 September ini (BH, 13-09-2012)
- Berita gembira 28
September (Utusan Malaysia, 13-09-2012)
- 10,000 graduan pendidikan
tertipu dengan Menteri Pengajian Tinggi (Harakah Daily & Milo Suam
(30-09-2012)
- Kenyataan Media YAB
Menteri Pelajaran di FB Muhyiddin Yassin (04-10-2012)
- 10,715 graduan guru
diberi penempatan (Utusan Malaysia, 05-10-2012)
- 10,715 cikgu baru (Berita Harian, 06-10-2012)
3 comments:
Saya pun ex Graduan ISMP Unitar 2010.. Walaupun macam mana kelam situasi kita, janganlah kita mudah berputus asal.
Untuk makluman Peluang menjadi guru atau diserapkan di sekolah kerajaan terbahagi kepada dua saluran pengambilan. Setahu saya graduan di bawah Institut Pendidikan Guru, IPG (mereka mendapat tajaan KPM) akan cepat diserapkan ke sekolah kerajaan selepas tamat DPLI/KLPI/JQaf yg mereka ikuti di IPG terpilih. Senarai nama mereka diberi keutamaan oleh Bahagian Pengambilan Guru KPM, berbanding graduan Pendidikan bukan tajaan KPM hatta di UPSI sekali pun.
Permohonan menjadi guru melalui Saluran Pertama adalah lebih tinggi jika anda memohon pengambilan di SMK Agama disebabkan mereka tidak terikat dengan interview Kementerian dan mereka ada kuasa untuk mengambil guru sendiri.
Saluran kedua bagi Interview for Pengambilan for posting and release of advertisement to call for interview dibuat oleh dua unit yang berlainan dalam Kementerian Pelajaran. Mereka mempunyai agenda untuk mengisi kekosongan dengan grad Institut Perguruan sebagai top priority oleh itu graduan bukan di bawah KPM adalah relatif rendah atau lambat.
Laporan dan link dibawah mengenai graduan pendidikan UPSI dan UNITAR pun yg masih menunggu tawaran posting membuktikan dakwaan ini.
Jangan Lupa yang ex Graduan unitar juga penah mendapat posting sejack 2010 lagi
http://www.pengajar.info/2012/...
Ada antar kita menunggu lebih daripada 4 tahun dan ada antara mereka terbalas pernantian mereka ,apabila nama mereka berjaya mendapat tempat diSenarai graduan mendapat penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) DG41 di Sarawak pada Sept 2012 lepas
There always a light at the end of the tunnel .
So para graduan ISMP IPTS .Dont give up. Keep sending ur resume to KPM. if you want to opt for second channel trough KPM even if we're not given the same chances as IPTA grads.
or go straight to the first saluran "Lobang" if you are looking for fair chances without being discriminated .
ops saya lupa untuk menambah untuk Saluran Pertama selain SMK Agama ia juga boleh di applykan dengan MARA ,MRSM, jakim, jawi dan perbagai lagi untuk jawatan PPPS dengan kerajaan
Sekian
Jom Tweet kat laman Google+ Dato Sri PM Najid Razak di
https://plus.google.com/u/0/110555361869973167886/posts
Post a Comment