Powered by Blogger.

Monday, October 01, 2012

Jawatan Kosong Pekerja Sambilan Harian (PSH) KPT Oktober 2012

  NR       Monday, October 01, 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi mempelawa semua Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan PSH Gred 41 bagi sesi pengambilan bulan Oktober tahun 2012.
Syarat-syarat Permohonan
·         Warganegara Malaysia
·         Memiliki  Ijazah Sarjana Muda dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) mencapai sekurang-kurangnya 2.5
·         Mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
·         Mempunyai tahap kesihatan yang baik
Keutamaan Kelayakan
·         Berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
·         Mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang jenis kerja yang perlu dilaksanakan seperti pengurusan dan pentadbiran pejabat.
·         Mempunyai perwatakan & peribadi yang proaktif dan mampu menjalaskan tugas/ arahan dengan pemantauan yang minimum.
Tawaran Pelantikan
·         Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (Ijazah)
·         Gred : 41
·         Taraf Lantikan : Sambilan
·         Tempoh Perkhidmatan : 6 bulan mulai tarikh melapor diri
·         Kadar Bayaran : RM 100 sehari (akan dibayar berdasarkan bilangan hari bertugas)
·         Waktu Bekerja : 9 jam sehari termasuk waktu rehat
·         Penempatan: Ibu pejabat, W.P Putrajaya
Cara Memohon
·         Permohonan hendaklah menggunakan borang seperti yang dilampirkan.
·         Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan & Profesional (Gred 41 dan ke atas) seperti berikut:
o   Resume;
o   Salinan kad pengenalan;
o   Salinan Ijazah beserta transkrip; dan
o   Salinan sijil-sijil yang berkaitan
·         Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 5 Oktober 2012 (Jumaat)
·         Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh tutup permohonan.
·         Semua permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama-sama dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan dan dikemukakan kepada:
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 15, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P Putrajaya
(u.p.: Urusan Pengambilan PSH)
Pertanyaan
Sebarang permasalahan atau persoalan berhubung tawaran ini boleh merujuk kepada pegawai-pegawai berikut:
Cik Siti Nur Diana binti Azizan Khamat
(Tel) 03 – 8870 5220 (Faks) 03 – 8870 6814

Pn. Shuhada binti Mohd Kasim
(Tel) 03 – 8870 5226 (Faks) 03 -8870 6814

En. Affendi Nayan
(Tel) 03 – 8870 4270 (Faks) 03 -8870 6814

logoblog

Thanks for reading Jawatan Kosong Pekerja Sambilan Harian (PSH) KPT Oktober 2012

Previous
« Prev Post

No comments: