Powered by Blogger.

Wednesday, October 10, 2012

Peruntukan RM13 Juta Wujud 645 Prasekolah Percuma di Kelantan

  NR       Wednesday, October 10, 2012

PASIR PUTEH - Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM13.6 juta untuk mewujudkan 645 prasekolah percuma di Kelantan pada tahun ini.
   
Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan Hussain Awang berkata peruntukan itu termasuk membina bilik darjah, makanan dan peralatan mengajar membabitkan 15,645 murid berumur dari 5 hingga 6 tahun.
   
Berucap pada majlis penutup program tunas prasekolah peringkat negeri Kelantan di sini hari ini, beliau berkata peningkatan murid prasekolah memberangsangkan iaitu daripada 12,397 orang pada 2009 kepada 13,018 pada 2010 dan 14,397 (2011) serta 15,645 tahun ini.
   
Beliau berkata jabatan itu berusaha menyediakan lebih banyak lagi kemudahan untuk membolehkan lebih ramai murid didaftarkan di prasekolah. - Bernama
logoblog

Thanks for reading Peruntukan RM13 Juta Wujud 645 Prasekolah Percuma di Kelantan

Previous
« Prev Post

No comments: