Powered by Blogger.

Sunday, October 14, 2012

SMK Meradong Mengungguli SPT Sarawak

  NR       Sunday, October 14, 2012

KUCHING: Pasukan sepak takraw bawah 13 dan 14 tahun SMK Meradong membuktikan kehebatan apabila muncul juara keseluruhan Sukan Prestasi Tinggi (SPT) Antara Zon, di Stadium Mini SMK Tabuan semalam.

Kedua-dua pasukan dari zon Sibu akan mewakili Sarawak pada kejohanan yang akan diadakan di Johor Baharu pada 30 Oktober hingga 3 November ini. Dalam peringkat kumpulan,

SMK Meradong menundukkan SMK Oya (2-1), SMK Durin (2-1), SMK Sri Sadong (2-0) dan SMK Batu Kawa (2-1) bagi menggumpul 12 mata.

Lebih manis, dua pemainnya iaitu Edward Mek (13 tahun) dan Olinga Kaya (14 tahun) masing-masing dinobatkan pemain terbaik.

Ketua jurulatih sepak takraw SPTS, Hawaie Abdul Rahman berkata semua perlawanan diadakan di tiga zon iaitu zon selatan (Kuching, Samarahan dan Sri Aman), tengah (Sibu dan Sarikei) dan utara (Miri, Limbang dan Lawas).

Pemenang setiap zon akan bertarung bagi memilih pasukan yang akan mewakili Sarawak di Johor Baharu.

“Kem bakat sukan ini adalah perancangan rapi Kementerian Pendidikan bagi melaksanakan polisi ‘1Murid 1Sukan’ dan kita mahu mencari atlet-atlet berbakat di kalangan pelajar,” katanya.

“Pelajar-pelajar yang berbakat akan diserap ke dalam Program Pembangunan Atlet Elit Majlis Sukan Negeri (MSN) selama lima tahun bagi peringkat awal dan lima tahun lagi bagi peringkat akhir.

“Mereka yang terpilih akan dibenarkan mengikuti pertandingan bagi memberi pendedahan, ”

Sebanyak 10 pasukan dari tiga zon telah mengambil bahagian pada kejohanan dua hari itu yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Samarahan.

- UB
logoblog

Thanks for reading SMK Meradong Mengungguli SPT Sarawak

Previous
« Prev Post

No comments: