Powered by Blogger.

Sunday, October 14, 2012

Tiada Diskriminasi Terhadap Calon, Bakal Guru Dalam Memerangi Gejala LGBT

  NR       Sunday, October 14, 2012
KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) semalam menjelaskan bahawa secara dasarnya tiada diskriminasi terhadap calon dan bakal guru kerana tanggapan dalam memerangi gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) adalah berbeza dan perlu dibincangkan dengan lebih mendalam.

Presiden KGBS Ahmad Malie berkata, apa yang penting ialah setiap calon dan bakal guru mestilah seseorang yang ada perwatakan sebagai guru di samping penampilan diri serta memenuhi syarat sebagai seorang guru.

“Elemen ini penting kerana seseorang guru akan menjadi idola dan model dalam kalangan murid nanti.

“Oleh itu, KGBS amat menekankan elemen ini sebagai prasyarat dan budaya seseorang guru,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) semalam.

Bagaimanapun, Ahmad berkata, KGBS tetap mene-gaskan bahawa dalam hal ini, jati diri dan integriti seseorang calon dan bakal guru adalah penting untuk diambil perhatian dan dipertimbangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) supaya tidak timbul masalah pada masa akan datang.

Kelmarin, dilaporkan bahawa KPM tidak bercadang menyekat peluang lelaki berperwatakan lembut menceburi bidang perguruan walaupun ia komited memerangi LGBT.

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi dipetik sebagai berkata tidak ada sebab untuk kementerian tidak mengambil golongan itu menjadi guru jika mereka berkelayakan dan berkualiti untuk menjadi seorang pendidik.

- UB, 12 Oktober 2012
logoblog

Thanks for reading Tiada Diskriminasi Terhadap Calon, Bakal Guru Dalam Memerangi Gejala LGBT

Previous
« Prev Post

No comments: