Powered by Blogger.

Wednesday, October 17, 2012

UiTM kuasai futsal IPT

  NR       Wednesday, October 17, 2012

Saifuddin (lima, tengah) bersama pasukan juara dan naib juara kejohanan futsal berkenaan.

PASUKAN Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengungguli Grand Finale Liga Futsal institusi pengajian tinggi (IPT) apabila meraih gelaran juara kategori lelaki dan wanita untuk membawa pulang Piala Menteri Pengajian Tinggi 2012 di Kompleks Sukan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kampus Kuantan, kelmarin, lapor ROSILAWATI ROSEDI.

Pada final kategori lelaki, pasukan kendalian Jurulatih Addy Sharullyzam Mohd Shafiee mencatat kemenangan tipis, 1-0 untuk membenam cabaran Kolej Komuniti Selangor (KKS), sekali gus membawa pulang hadiah utama RM20,000 dan piala pusingan.

Bagaimanapun KKS tidak pulang hampa apabila mereka menerima wang tunai RM10,000 manakala tempat ketiga disandang UIAM dengan hadiah berupa RM5,000. Kejayaan itu membolehkan UiTM mempertahankan kejuaraan selama tiga tahun berturut-turut dalam kejohanan tersebut.

Bagi pasukan wanita pula, UiTM turut mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu apabila menewaskan Politeknik Kota Kinabalu (PKK) 1-0 dan membawa pulang hadiah utama RM10,000.

Pasukan PKK pula membawa pulang RM5,000 yang mencatat sejarah tersendiri apabila mereka menduduki tempat ketiga pada kejohanan sama tahun lalu manakala tempa ketiga disandang UIAM dengan menerima hadiah berupa RM3,000.

Hadiah disampaikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi, Amir Md Noh.
logoblog

Thanks for reading UiTM kuasai futsal IPT

Previous
« Prev Post

No comments: