HEBAHAN URUSAN PERMOHONAN KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DG 41 BAGI GRADUAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) YANG MENAMATKAN PENGAJIAN PADA TAHUN 2012
Berdasarkan kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 5 Oktober 2012, graduan pendidikan keluaran Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menamatkan pengajian pada tahun 2012 hendaklah membuat permohonan untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 di www.jobsmalaysia.gov.my mulai 1 November hingga 21 November 2012. Calon boleh merujuk mengenai tatacara permohonan di sini. Skim Perkhidmatan.
Untuk maklumat sila hubungi Pusat Panggilan SPP di talian 03-8871 7330
Muatnaik pada 1 November 2012
Sumber: SPP
No comments:
Post a Comment