Powered by Blogger.

Thursday, December 27, 2012

PKR: Import Guru, Kerajaan Diskriminasi Graduan ISMP

  NR       Thursday, December 27, 2012
PETALING JAYA - Rancangan kerajaan untuk mengimport guru daripada India didakwa sebagai diskriminasi kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang gagal mendapat tempat di Sekolah Kebangsaan.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa ramai graduan ISMP khususnya dari Institut Pengajian Tinggi Swasta  (IPTS) tidak mendapat tempat di Sekolah Kebangsaan meskipun mempunyai keputusan yang baik.

Menurutnya, rancangan Kerajaan itu dilihat hanya mengeruhkan lagi keadaan tanpa menyelesaikan masalah lambakan guru sedia ada.

"Kerajaan tidak memberikan alasan kukuh tindakan sedemikian.Lebih membimbangkan, ramai graduan ISMP daripada IPTS paling ramai menganggur kerana terpaksa bersaing dengan graduan Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang disokong kerajaan.

"Ramai di kalangan graduan ISMP masih lagi belum mendapat penempatan sebagai guru di sekolah yang akhirnya bekerja sebagai ejen insurans,  guru tuisyen tanpa kestabilan bekerja sebagai guru di sekolah kebangsaan," katanya  dalam sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Malah, Nik Nazmi berkata, Timbalan Menteri Pendidikan, Dr Puad Zarkashi telah mengesahkan pada Mac lalu, bahawa 7,000 graduan ISMP belum diberikan tawaran kerja.

Katanya, lambakan graduan ISMP dan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) masih belum diselesaikan kini kerajaan mahu melaksanakan rancangan ini pula.

"Seharusnya kerajaan menimbangkan lebih ramai graduan ISMP yang berkebolehan untuk menambah bilangan guru disekolah kebangsaan dan  mengutamakan graduan TESL tempatan berbanding kemukakan rancangan demikian," katanya.

Perdana Menteri dalam rangka lawatannya ke India minggu lalu mengumumkan Malaysia berminat mengambil guru-guru dari negara tersebut untuk mengajar Bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan.

Sumber: Sinar Harian
logoblog

Thanks for reading PKR: Import Guru, Kerajaan Diskriminasi Graduan ISMP

Previous
« Prev Post

No comments: