Powered by Blogger.

Friday, January 11, 2013

Guru Muzik Diseret Enam Meter Oleh Peragut

  NR       Friday, January 11, 2013
KLANG – Seorang wanita berusia 33 tahun diseret sejauh enam meter dalam satu kejadian ragut, hingga menyebabkan seluruh badannya luka dan lebam.

Guru vokal, Lai Mei Ying berkata dua lelaki menunggang motosikal melanggarnya dari arah belakang ketika dia sedang berjalan pulang daripada kelas ke keretanya di Jalan Gagak Tua di Taman Eng Ann pada pukul 1 petang Selasa.

“Saya mendengar bunyi motosikal di belakang saya namun saya mengendahkannya kerana saya fikir hanya mahu masuk ke dalam kereta.

“Tiba-tiba ada orang merentap beg sandang saya dan perkara seterusnya yang saya ingat adalah saya diseret.

“Saya bernasib baik, orang yang lalu lalang menghulurkan bantuan dengan meminjamkan telefon bimbitnya bagi membolehkan saya menghubungi suami saya,” kata Lai yang mengalami luka kebanyakannya ditangan, kaki dan bahagian belakang badan.

Bercakap kepada pemberita di rumah aktivis sosial Peter Tan, Lai berkata dia tidak dapat mengenalpasti nombor pendaftaran dan jenis motosikal yang ditunggangi oleh suspek.

Mangsa mengalami kerugian wang tunai sebanyak RM4,000, dokumen peribadi dan beberapa kad kredit serta kad ATM.

Selepas mendapatkan rawatan, Lai membuat laporan di balai polis Sungai Kapar.

Menurut Tan, terdapat beberapa kejadian ragut yang berlaku di Taman Eng Ann walaupun terdapat anggota polis yang meronda di kawasan itu. – mStar Online
logoblog

Thanks for reading Guru Muzik Diseret Enam Meter Oleh Peragut

Previous
« Prev Post

No comments: