Powered by Blogger.

Thursday, January 31, 2013

Pelajar Asing Kolej Swasta Kantoi Dadah

  NR       Thursday, January 31, 2013
SEREMBAN – Seorang lelaki warga Nigeria dikenakan hukuman denda RM3,800 oleh Mahkamah Majistret Seremban, di sini, semalam, selepas didapati bersalah memasukkan dadah dalam badan pada 7 Disember lalu.
Okwumabua Michael Oluchukwu, 20, yang juga pelajar kolej swasta di Mantin, dekat sini, turut berdepan dengan hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Okwumabua yang hadir memakai baju kemeja -T petak dan berseluar jeans mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohamed Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati mengguna dan memberikan kepada diri sendiri dadah berbahaya iaitu kira-kira 12.20 tengah hari di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, pada 17 Disember lalu.

Dia dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Semakan 1980) dan boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih daripada RM5,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Mohammad Zanudin; manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

- SH
logoblog

Thanks for reading Pelajar Asing Kolej Swasta Kantoi Dadah

Previous
« Prev Post

No comments: