TRAUMA: Sharif sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
PETALING JAYA: Perbalahan dua pelajar bertukar menjadi ganas apabila salah seorang darinya ditikam dengan sebilah gunting di kawasan sekolah.
Ibu kepada Sharif Lew, 12, mendakwa sebelum itu anaknya berbalah dengan seorang rakan sekelasnya mengenai kerja sekolah pada minggu lepas.
Xu Huan, seorang warga China yang telah berkahwin dengan seorang warga tempatan, mendakwa yang anaknya telah melupakan insiden perbalahan itu sehingga rakan sekelasnya di Tingkatan 1 itu datang menyerangnya selepas kelas tamat pada tengah hari Isnin.
"Rakannya berlari ke arah anak saya dan terjerit-jerit dengan mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman sambil menikam anak saya dengan sebilah gunting.
"Selepas menikam anak saya, rakannya itu mengugutnya dan melarikan diri," kata Xu.
Suaminya kemudian mengejarkan anak lelaki mereka ke sebuah hospital dan dia bernasib baik kerana tidak cedera parah.
Walau bagaimanapun, kejadian tersebut telah menyebabkan Sharif trauma dan enggan ke sekolah.
"Dia banyak mendiamkan diri sekarang dan tidak mahu bercakap dengan kami.
"Dia selalu berkata yang dia tidak ingat apa yang berlaku," katanya.
Xu telah membuat satu laporan polis dan membuat aduan kepada pengetua sekolah tentang kejadian tersebut.
"Namun mereka hanya berkata mereka akan menyiasat kejadian ini.
"Para pelajar di sekolah sekarang berada dalam bahaya jika ada di antara mereka yang tidak teragak-agak menikam sesuka hati," katanya.
Pengetua sekolah berkenaan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen.
Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah Sentul, Nik Ramas Nik Wan juga enggan memberi sebarang komen tentang kejadian tersebut dan berkata yang siasatan masih sedang dijalankan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Datuk Ku Chin Wah mengesahkan laporan.
Sumber The Star 24 Jan 2013
No comments:
Post a Comment