Powered by Blogger.

Friday, January 25, 2013

Polis Mengesahkan Kesemua Bible Diedarkan Kepada Pelajar TIADA "Allah"

  NR       Friday, January 25, 2013
PULAU PINANG 22 Jan. - Polis mengesahkan kesemua Bible yang dirampas semasa diedarkan di sebuah sekolah di sini baru-baru ini dicetak dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, kesemua naskhah tersebut tidak mempunyai kalimah Allah serta tiada terjemahan bahasa Melayu atau jawi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya negeri hari ini.

"Setakat ini siasatan polis mendapati kesemua Bible yang dirampas dicetak dalam bahasa Inggeris dan tidak mempunyai sebarang kalimah Allah serta tiada sebarang terjemahan bahasa Melayu atau jawi," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Khamis lalu, Persatuan Muka buku Pulau Pinang membuat laporan polis apabila ahlinya mengesan tindakan mengedar Bible di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong dekat sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Pengedaran itu juga dilakukan terhadap pelajar Melayu sehingga menyebabkan pertubuhan bukan kerajaan itu terpaksa membuat laporan polis.

Abdul Rahim menambah, sebanyak tujuh laporan polis telah diterima mengenai kes berkenaan.
Menurutnya, laporan tersebut membabitkan empat pelajar berusia antara 16 hingga 19 tahun dan tiga orang awam.

"Sebanyak 17 rakaman percakapan telah diambil bagi membantu siasatan. Sebanyak lima naskhah Bible bersaiz poket dan berwarna biru mengandungi 633 muka surat telah diserahkan kepada polis," ujarnya.

- UTUSAN
logoblog

Thanks for reading Polis Mengesahkan Kesemua Bible Diedarkan Kepada Pelajar TIADA "Allah"

Previous
« Prev Post

No comments: