Powered by Blogger.

Wednesday, January 23, 2013

Polis Pulau Pinang Terima 7 Laporan Berhubung Pengedaran Bible Kepada Pelajar

  NR       Wednesday, January 23, 2013


GAMBAR suspek yang berjaya dirakamkan melalui telefon bimbit memegang dan mengedarkan Bible kepada pelajar-pelajar sekolah di Jelutong di sini, Khamis lalu. 

PULAU PINANG 21 Jan. - Polis Pulau Pinang mengesahkan telah menerima tujuh laporan di beberapa balai polis setakat ini berhubung kejadian pengedaran Bible kepada pelajar di negeri ini, Khamis lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata yang dihubungi Utusan Malaysia memberitahu:

“Kita akan mempercepatkan siasatan berhubung kes ini. Bagaimanapun belum ada sebarang tangkapan dibuat setakat ini."

Khamis lalu, Persatuan Muka Buku Pulau Pinang (PMBPP) membuat laporan polis apabila ahlinya mengesan tindakan dua lelaki mengedar Bible di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong dekat sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Menurut PMBPP, pengedaran itu juga dilakukan terhadap pelajar Melayu sekolah berkenaan sehingga menyebabkan pihaknya terpaksa membuat laporan polis. - UTUSAN
logoblog

Thanks for reading Polis Pulau Pinang Terima 7 Laporan Berhubung Pengedaran Bible Kepada Pelajar

Previous
« Prev Post

No comments: