KOTA SAMARAHAN 30 Dis. - Program Bersama Ustaz
Don anjuran Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini semalam berjaya
menarik mahasiswa untuk mendekati ilmu agama.
Pengarah program, Norima Amat Sailan berkata, program yang pertama
kali diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman (DeTAR) Putra itu adalah usaha
pihak universiti dalam melahirkan mahasiswa yang seimbang rohani dan
intelek.
Katanya, program yang berlangsung dari pukul 9 pagi itu bertemakan Inspirasi Remaja Islam turut berjaya menarik perhatian masyarakat setempat.
"Semua orang mengenali nama Ustaz Don Daniyal Biyajid yang popular dengan program 30 Minit Ustaz Don apabila berjaya menambat hati penonton
"Kejayaan tersebut menjadi sebab utama Unimas menjemput Ustaz Don ke
kampus ini kerana beliau cukup dikenali dengan pendekatan dakwah yang
mudah dan sesuai dengan jiwa golongan muda," katanya dalam kenyataannya
di sini hari ini.
Program tersebut merupakan anjuran bersama Persatuan Pelajar Fakulti
Kejuruteraan Unimas dan turut dihadiri Dekan fakulti tersebut, Prof. Dr.
Wan Hashim Wan Ibrahim dan Dekan Pusat Pemajuan Pelajar UNIMAS, Prof.
Madya Dr. Rusli Ahmad.
Sementara itu, Norima berkata, pihaknya berharap melalui penganjuran
program tersebut dapat menggalakkan mahasiswa terus menambah ilmu
pengetahuan dalam bidang agama.
"Kita sebenarnya sedih apabila melihat mahasiswa hari ini berasa
terlalu selesa dengan kemajuan yang dinikmati sehingga melalaikan
mereka.
"Oleh itu, amat wajarlah penganjuran program seperti ini diadakan
agar generasi muda sentiasa dipimpin dengan kaedah yang betul," katanya.
- Utusan
No comments:
Post a Comment