Cadangan pemindahan dari lokasi asal sudah dimasukkan dalam Pelan Pusingan Ketiga RMK10
SRI
AMAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Seduku, Sri Aman yang terletak di
sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Seduku bakal dipindahkan ke
darat suatu hari nanti.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad
Zarkashi berkata cadangan pemindahan sekolah itu dari lokasi asalnya di
pulau kini sudah dimasukkan dalam Pelan Pusingan Ketiga di bawah
Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).
Menurutnya, sekolah itu nanti bakal dipindahkan ke Penempatan Baharu Kampung Agropolitan Pulau Seduku, Sri Aman.
Selain
itu, Fuad memberitahu kementeriannya bakal mempertimbang usaha membina
bangunan sekolah berasaskan Sistem Pasang Siap berikutan SK Pulau Seduku
ketika ini serba kekurangan pelbagai faktor selain disebabkan masalah
pengangkutan.
“Sistem Pasang Siap ini adalah satu pendekatan bakal
dipertimbangkan agar sekolah itu dapat dipindah ke kawasan tanah besar
dengan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita pada sesi lawatan ke
sekolah tersebut semalam.
Beliau berkata, pendekatan ini dilakukan
memandangkan kelulusan untuk mendapat peruntukan bagi membina sebuah
bangunan baharu di bawah Pelan Pusingan Ketiga RMK10 mungkin mengambil
masa yang agak lama.
Bagaimanapun, Fuad menafikan bahawa keperluan
untuk membina sekolah baharu SK Pulau Seduku bukannya murid-murid dan
guru-guru yang berkhidmat di sekolah itu berdepan dengan risiko ancaman
buaya memandangkan lokasi sekolah itu terletak di tengah perairan Sungai
Batang Lupar.
Selain itu, Fuad memberitahu bila pemindahan SK
Pulau Seduku itu dapat dilakukan belum ditetapkan berikutan ia masih
dalam perbincangan.
SK Pulau Seduku mula beroperasi pada 1973
mempunyai seramai 17 orang murid-murid, 11 kakitangan akademik dan lima
kakitangan sokongan tahun ini.
Kesemua murid-murid dan kakitangan
sekolah tersebut masih menjadi penghuni di Pulau Seduku, sejak penduduk
kampung berpindah ke penempatan baharu, Kampung Agropolitan Pulau
Seduku lebih dua tahun lalu.
Ketika ini, warga SK Pulau Seduku
berdepan dengan masalah perhubungan berikutan bergantung air pasang
surut ketika hendak berurusan dengan pekan Lingga mahupun bandar Sri
Aman.
- UB
No comments:
Post a Comment