Powered by Blogger.

Wednesday, January 09, 2013

UTHM sambut 'Hari Televisyen Dunia' 2012

  NR       Wednesday, January 09, 2013

JOHOR BAHRU 2 Jan. - Selaras dengan sambutan Hari Sedunia yang ditetapkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) Univerisiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menganjurkan Hari Televisyen Dunia baru-baru ini.

Sejarah program itu diwujudkan apabila UNESCO menetapkan senarai International Days, Years and Decades to be Celebrated sebagai panduan bagi semua warga dunia menyambut dan memperingati sesuatu peristiwa atau pencapaian dalam pembangunan tamadun dunia.

Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Noh Dalimin berkata, teknologi televisyen kian berkembang pesat terutama setelah berkembangnya teknologi komputer yang membawa kepada revolusi baru gelombang maklumat dan telekomunikasi.


Beliau berkata, atas dasar tersebut, UTHM terpanggil untuk meningkatkan kesedaran warganya dan pengunjung tentang kepentingan dan peranan teknologi maklumat dalam kehidupan manusia.

"Hari Televisyen Dunia yang dianjurkan buat kali ketiga sejak 2010 ini mengetengahkan televisyen sebagai satu teknologi elektronik yang menjadikan dunia sebagai sebuah perkampungan global.

"Jadi, kita harap menerusi program ini, matlamat utama iaitu meningkatkan kesedaran tentang komunikasi dan menyampaikan maklumat tentang perkembangan teknologi terkini," katanya semasa merasmikan sambutan itu.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM, Prof. Dr. Wahid Razzaly, Pemangku Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Hashim Saim, Dekan FKEE, Prof. Ayob Johari dan Pengarah Urusan SHARP Manufacturing Corporation (M) Sdn. Bhd., Katsutoshi Teraoka.

Selari dengan revolusi komputer, komunikasi dan perkembangan teknologi maklumat, UTHM juga
tidak ketinggalan mewujudkan televisyen Internet iaitu University Campus Interactive TV (UCiTV) yang boleh diakses di mana sahaja.

"UCiTV berperanan memaparkan pelbagai rakaman video aktiviti akademik dan program anjuran universiti.

Kemampuan yang dimiliki oleh UCiTV ini juga membolehkan pengunjung portal dari seluruh dunia menyaksikan acara utama UTHM secara langsung melalui laman web UTHM di www.uthm.edu.my," katanya.
logoblog

Thanks for reading UTHM sambut 'Hari Televisyen Dunia' 2012

Previous
« Prev Post

No comments: