Powered by Blogger.

Tuesday, February 05, 2013

4 Buah Sekolah Dilaporkan Tidak Serah Bantuan Persekolahan RM100

  NR       Tuesday, February 05, 2013
BELURAN 4 Feb. - Kementerian Pelajaran menerima laporan terdapat empat sekolah yang tidak menyerahkan bantuan khas awal persekolahan kepada pelajar, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Beliau berkata keempat-empat sekolah di semenanjung itu berbuat demikian bagi menggunakan wang itu untuk yuran aktiviti di bawah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

"Sebaik menerima laporan itu, sekolah berkenaan dengan serta merta diarah menghentikan tindakan itu dan mengembalikan wang bantuan kepada ibu bapa pelajar.

"Kami mahu bantuan itu sampai kepada ibu bapa dan menggunakannya untuk pendidikan anak mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Projek Membina Bangunan Asrama sekolah itu di Paitan, semalam. - BERNAMA

logoblog

Thanks for reading 4 Buah Sekolah Dilaporkan Tidak Serah Bantuan Persekolahan RM100

Previous
« Prev Post

No comments: