TEMERLOH, 17 Jan : Seramai 4,000 pelajar institusi
pengajian tinggi awam dan swasta yang mendapat kelas pertama belum
memohon bagi pengecualian bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional (PTPTN).
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, sehubungan itu
mereka diberi tempoh sehingga 31 Jun ini untuk berbuat demikian.
"Kegagalan berbuat demikian sehingga berakhir tarikh itu akan
menyebabkan mereka perlu membayar balik pinjaman sepertimana yang
termaktub dalam surat perjanjian pinjaman," katanya kepada pemberita di
siniKhamis.
Beliau berkata, pelajar berkenaan boleh melayari laman web PTPTN atau
datang sendiri ke pejabat PTPTN bagi membuat permohonan pengecualian
pinjaman. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment