Abdul
Samad Abdul Ghani, 49, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan
selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mat
Ghani Abdullah.
Guru besar
Sekolah Kebangsaan Kajang Utama itu didakwa meminta untuk dirinya wang
tunai RM3,000 daripada Zainun Hussain sebagai dorongan untuk menyambung
kontrak kantin sekolah bagi tahun 2013.
Dia didakwa
melakukan kesalahan itu di premis sekolah di Kajang, Hulu Langat dekat
sini, kira-kira pukul 11.30 pagi pada 8 November 2011.
Abdul Samad
juga didakwa memperoleh untuk dirinya wang tunai RM3,000 daripada Zainun
sebagai dorongan untuk melakukan perkara sama kira-kira pukul 11 pagi,
14 November 2011 di tempat yang sama.
Jika sabit
kesalahan, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperuntukkan hukuman penjara
maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau
RM10,000, yang mana lebih tinggi.— BERNAMA
No comments:
Post a Comment