Powered by Blogger.

Thursday, February 07, 2013

Guru Tadika Rugi RM17,100 Percaya E-mel Cabutan Bertuah

  NR       Thursday, February 07, 2013


JOHOR BAHRU – Seorang guru tadika berusia 36 tahun membuat laporan polis semalam selepas mendapati dirinya ditipu satu sindiket melalui emel pada 13 Disember tahun lepas.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Utara, ACP Ruslan Hassan berkata hari ini, emel berbahasa Inggeris itu dari pihak tertentu menggunakan logo syarikat penerbangan AirAsia memberitahu bahawa mangsa memenangi AS$130,000 (RM403,715) dalam satu cabutan bertuah di London sempena perayaan Krismas.

Katanya, pihak sindiket itu memberitahu guru tadika itu hadiah tersebut telah siap sedia untuk dimasukkan ke dalam akaun wanita itu melalui Telco Online Bank.

Wanita itu dalam laporannya berkata, pada bulan lepas, beliau menerima satu lagi emel dari pihak yang beralamat malaysiapolice@asia.com menyatakan bahawa siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati cabutan bertuah itu sah di sisi undang-undang.

"Berikutan itu, pengadu telah memasukkan secara berperingkat-peringkat wang sebanyak RM17,100 ke dalam akaun yang diberikan sindiket tersebut untuk mendapatkan hadiah yang dikatakan telah dimenanginya itu,” kata Ruslan.

Beliau berkata emel dari AirAsia dan PDRM itu adalah palsu dan menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan sindiket cabutan bertuah ataupun gores dan menang. – BERNAMA

logoblog

Thanks for reading Guru Tadika Rugi RM17,100 Percaya E-mel Cabutan Bertuah

Previous
« Prev Post

No comments: