Powered by Blogger.

Thursday, February 07, 2013

MiCoST tubuh kelab aktif kokurikulum

  NR       Thursday, February 07, 2013
MELAKA 5 Feb. - Sebanyak lima kelab berjaya ditubuhkan di Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST) dalam usaha mempergiatkan penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum.

Kaunselor Pembangunan Insaniah MiCoST, Norhasimah Shari berkata, penubuhan kelab itu seiring dengan misi dan visi kolej ke arah melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing sekali gus mendidik para pelajar yang mempunyai kebolehan memimpin.

Menurutnya, kelab bimbingan Unit Kaunseling dan Rundingcara MiCoST itu juga sebahagian daripada usaha memberi peluang kepada para pelajar beriadah dengan menggalakkan mereka menyertai pelbagai aktiviti bermanfaat di samping memupuk semangat berpasukan dan setiakawan di kalangan pelajar.

"Penglibatan para pelajar dengan pelbagai program yang bakal dijalankan oleh kelab berkenaan semestinya akan memberi peluang kepada mereka menimba ilmu dan pengalaman yang memberi manfaat berguna kepada mereka selepas menceburi alam pekerjaan kelak.

"Para pelajar daripada pelbagai jurusan di kolej ini memberi sambutan yang amat menggalakkan berdasarkan kepada bilangan mereka yang telah mendaftar untuk menjadi ahli," katanya.

Norhasimah berkata, antara kelab yang ditubuhkan oleh pelajar MiCoST ialah Kelab Kebudayaan, Kelab Pembimbing Rakan Siswa, Kelab Debat, Kelab Yes, We Care dan Kelab Fotografi dan Multimedia.
Menurutnya, Unit Kaunseling dan Rundingcara MiCoST juga menetapkan peraturan bagi penyertaan para pelajar kolej ke dalam kelab berkenaan mempunyai prestasi cemerlang dalam pelajaran masing-masing dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 2.7.

Katanya, langkah itu bertujuan memastikan penyertaan aktif para pelajar di dalam aktiviti kelab tidak menjejaskan pelajaran dan prestasi akan dipantau dari semasa ke semasa bagi mengekalkan kecemerlangan mereka dalam akademik seiring dengan aktiviti kokurikulum.

logoblog

Thanks for reading MiCoST tubuh kelab aktif kokurikulum

Previous
« Prev Post

No comments: