Powered by Blogger.

Saturday, February 09, 2013

Persara Guru Wanita Kerugian RM10,000 Jadi Mangsa Samun

  NR       Saturday, February 09, 2013
Rahmah menunjukkan bagaimana seorang lelaki muncul dengan memegang objek tajam ketika dia hendak menutup pintu rumahnya yang disyaki dibuka seseorang.
 
MARANG, 8 Feb - Seorang pesara guru wanita kerugian hampir RM10,000 selepas menjadi mangsa samun seorang lelaki bersenjatakan pisau di rumahnya di Taman Mega di Kampung Sungai Kerak di sini, malam kelmarin.
Ramlah Che Abdullah, 54, berkata, dia terkejut apabila seorang lelaki yang menutup sebahagian mukanya sambil memegang senjata tajam, muncul di muka pintu kira-kira jam 8.10 malam.

Menurutnya, sebelum kejadian berlaku dia perasan pintu dan jeriji rumahnya sedikit terbuka dan syak dibuka seseorang.

Untuk mendapatkan kepastian dia menuju ke arah pintu itu untuk memeriksa dan menutupnya.

“Namun suspek itu tiba-tiba muncul dan mengarahkan saya agar masuk semula ke dalam rumah dan jangan berbuat bising. Saya merasakan akan dirompak, jadi saya ikut sahaja arahannya kerana bimbang akan dicederakan.

“Dia kemudiannya meragut seutas rantai leher sebelum saya sendiri menyerahkan seutas lagi rantai leher dan gelang tangan.

Selepas mendapat barang kemas itu, dia mengambil pula sebuah telefon bimbit sebelum keluar,” katanya.

Ibu kepada tiga orang anak itu, bagaimanapun, tidak cedera, namun rasa gugup dengan kejadian tersebut.

Ramlah yang ditemui Sinar Harian di rumahnya malam kelmarin berkata, dia menghubungi suaminya, juga seorang guru, dan meminta pertolongan jiran terdekat selepas penjenayah tersebut menghilangkan diri.

Ketika insiden itu, suaminya sedang mengajar di kelas tambahan.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi Sinar Harian semalam, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan telah menahan beberapa individu untuk membantu siasatan.

Ahmad Mazlan mengingatkan orang ramai, terutamanya kaum wanita yang tinggal berseorangan di rumah, supaya berwaspada dan sentiasa memastikan pintu rumah dikunci bagi mengelak kejadian seumpama itu daripada berlaku.

- SH
logoblog

Thanks for reading Persara Guru Wanita Kerugian RM10,000 Jadi Mangsa Samun

Previous
« Prev Post

No comments: