TUMPAT: Kementerian Pelajaran pada Sabtu meminta
polis menyiasat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan bible
berbahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata pihaknya
menyerahkan perkara itu kepada polis untuk melakukan siasatan kerana
perbuatan itu menyalahi undang-undang negara dan membangkitkan kemarahan
masyarakat.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan
pelancaran Wang Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan Bunohan,
di sini.
Hadir sama, Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussin Awang dan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Abdul Aziz Abdullah.
Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik dakwaan Pengerusi
Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Salleh Ismail bahawa dua lelaki
mengedar Bible kepada pelajar beragama Islam di hadapan sebuah sekolah
menengah di Jelutong dua hari lepas.
Sementara itu, beliau meminta DAP menubuhkan sebuah jawatankuasa
bebas bagi menyiasat ketelusan dalam pemilihan jawatankuasa pusat parti
itu. -BERNAMA
No comments:
Post a Comment