Powered by Blogger.

Thursday, June 06, 2013

Pinjaman Peribadi BSN Buat Pendidik Serendah 3.85% Bermula 1 Mei 2013

  NR       Thursday, June 06, 2013

Akhsan Zaini (dua dari kiri) menunjukkan salah satu produk terkini BSN, kad kredit 1Teachers Card untuk golongan warga pendidik sempena sambutan perayaan hari guru tahun ini.

Bagi memperingati sumbangan dan pengorbanan warga pendidik serta menyemarak sambutan perayaan Hari Guru tahun ini, Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan pembiayaan peribadi istimewa untuk golongan itu pada kadar pembiayaan 3.85 peratus.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Jabatan Distribution BSN, Akhsan Zaini berkata, pembiayaan peribadi BSN Jasamu Dikenang khas buat warga pendidik menikmati kadar pembiayaan jauh lebih menarik berbanding kadar sebelum ini di bawah pembiayaan peribadi kakitangan kerajaan.

Menurutnya, tawaran itu yang mula diperkenalkan sejak 1 Mei lalu itu hanya berlangsung selama sebulan dan turut menawarkan pembiayaan kepada tenaga pengajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) seperti pensyarah dan tutor.

''Bagaimanapun, kadar keuntungan yang ditetapkan untuk warga pendidik IPTS berbeza iaitu pada kadar 6 peratus," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Ibu pejabat BSN, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

BSN merupakan penaja utama Pameran Pendidikan dan Festival Hari Guru 2013 anjuran Kumpulan Utusan bersama Kementerian Pelajaran yang berlangsung 14 hingga 19 Mei ini di Kompleks Belia Sukan Paroi, Negeri Sembilan.

Selain itu, kata Akhsan, selain menikmati keuntungan yang jauh lebih menarik berbanding dengan kadar keuntungan sebelum ini, guru tidak perlu menunggu masa agak lama untuk mendapat kelulusan pembiayaan iaitu kira-kira tiga hingga empat hari sahaja dan tanpa memerlukan penjamin.

Usaha tersebut, ujarnya, merupakan sebahagian daripada komitmen BSN dalam menghargai sumbangan warga pendidik yang juga pelanggan utama bank yang pada masa ini mencapai seramai 70 ,000 orang atau 40 peratus daripada keseluruhan pelanggan di institusi kewangan itu.

Daripada jumlah berkenaan, kata beliau, BSN menjadi pilihan utama golongan warga pendidik dalam menikmati pelbagai kemudahan perbankan khususnya dalam pembiayaan kewangan peribadi.

"Bagi memudahkan warga pendidik menikmati tawaran pembiayaan ini, kita juga mempunyai kakitangan jualan seramai 240 orang yang boleh datang ke sekolah atau ke rumah guru untuk membantu pembiayaan atau urusan dokumentasi.

"Syarat kelayakan untuk memohon pembiayaan adalah agak fleksibel dan mudah. Guru hanya perlu berkhidmat enam bulan ke atas dan pendapatan minima RM2,000.

"Oleh itu, kita berharap semua warga pendidik dapat merebut peluang ini memandangkan kadar keuntungan yang ditawarkan sangat menarik dengan tempoh pembiayaan maksimum sehingga 20 tahun dan tawaran ini hanya terhad sehingga 31 Mei sahaja," katanya.

Bagi warga pendidik IPTS, katanya, antara kelayakan ditetapkan seperti berjawatan tetap, berkhidmat selama tiga tahun ke atas dan gaji pokok minima sebanyak RM2,500.

Kata beliau, pihaknya mensasarkan jumlah pembiayaan sebanyak kira-kira RM180 juta dan setakat ini, kira-kira RM100 juta pinjaman telah disalurkan kepada warga pendidik.

"Manfaat utama dari kempen ini yang kami harapkan ialah pelanggan setia BSN dapat mengambil peluang untuk menyatukan bebanan hutang mereka (dept consolidation).

''Ini sudah tentunya menjimatkan mereka dari bayaran kadar keuntungan yang tinggi jika beban hutang dapat disatukan.

''Selain itu, pelanggan juga dapat meningkatkan jumlah simpanan bulanan mereka melalui penjimatan pembayaran kadar keuntungan yang dikenakan,'' katanya.

Utusan - 20/05/2013


logoblog

Thanks for reading Pinjaman Peribadi BSN Buat Pendidik Serendah 3.85% Bermula 1 Mei 2013

Previous
« Prev Post

No comments: