Powered by Blogger.

Wednesday, July 10, 2013

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Buli Pelajar di Julau, Sarawak

  NR       Wednesday, July 10, 2013

SIBU: Polis sudah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kes buli pelajar di sebuah sekolah menengah di Julau, dipercayai berlaku empat hari lalu.

Ini berdasarkan video rakaman kejadian yang kini tersebar luas di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Julau DSP Bidol Noyeng berkata, pihaknya telah menerima laporan kes berkenaan.

“Satu laporan polis telah dibuat oleh bapa mangsa pada Jumaat lalu di Balai Polis Julau.

“Polis akan bekerjasama dengan pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Bidol, seramai lima pelajar sekolah menengah terbabit telah dipanggil untuk direkodkan keterangan.
Kesemua mereka bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Bidol berkata pihaknya masih menyiasat lanjut kes terbabit bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Rakaman video selama satu jam empat minit 21 saat itu kini tersebar luas di media sosial termasuk  YouTube sejak kelmarin yang mengundang kemarahan pelbagai pihak.

Rakaman tersebut memaparkan aksi sekumpulan pelajar menampar pipi, menumbuk dan menendang mangsa berulang kali di dalam sebuah asrama sekolah.

Mangsa yang tidak berbaju dan berseluar Hawaii berwarna hijau turut dipukul dengan sekeping papan lapis tanpa memberi reaksi untuk melawan.

Manakala Pejabat Pelajaran Daerah Julau berkata pegawainya Kerebo Bugik kini sedang berada di Kuching.

Sumber: Utusan Borneo, Youtube
logoblog

Thanks for reading Polis Buka Kertas Siasatan Kes Buli Pelajar di Julau, Sarawak

Previous
« Prev Post

No comments: