Powered by Blogger.

Thursday, August 01, 2013

Jawatan Kosong di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

  NR       Thursday, August 01, 2013

Dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan mengisi 
jawatan-jawatan seperti berikut:

1. BUTIRAN JAWATAN

1.1 Tenaga Pengajar
a). Gred : 41 (12 kekosongan)
Bayaran Perkhidmatan : RM 2,300 sebulan

b). Gred : 29 (12 kekosongan)
Bayaran Perkhidmatan : RM 1,600 sebulan
Taraf Jawatan : Kontrak (Contract For Service) dan tiada jaminan
untuk dilantik ke jawatan tetap
Tempoh Pelantikan : Sehingga 31 Disember 2014
Penempatan : ADTEC Taiping (2:2) / ILP Selandar (2:2) / ILP 
Marang (2:2) / ADTEC Bintulu(2:2) / ILP Sandakan

(2:2) / Kolej Yayasan Sabah (1:1) / Akademi ITC 
Kuching (1:1)

1.2 Deskripsi Tugas
a. Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai kursus
Vocational Training Officer I-031-3
b. Mengurus, mengendali, memantau dan menilai keberkesanan : 
- Latihan Metodologi (360 jam) secara sepenuh masa
- Latihan Internship (720 jam) secara sepenuh masa
- Kursus VTO, VTE dan VTM secara separuh masa
- Tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran latihan

1.3 Syarat Lantikan
a. Warganegara Malaysia 
b. Berumur tidak kurang dari 25 tahun dan tidak melebihi 65 tahun

1.4 Kelayakan Akademik Dan Kemahiran
a. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf 
dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia;
b. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah bagi Gred 41 dan Diploma bagi 
Gred 29 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau 
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; 
c. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang-bidang yang 
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; 
d. Mempunyai Sijil VTO I-031-3 atau TM001 (Pedagogi CIAST) dan sijil 
induksi PP/PPD; dan
e. Pengalaman mengajar dalam bidang kemahiran berkaitan dan mengurus 
latihan kemahiran sekurang-kurangnya 5 tahun.

1.5 Bidang Kemahiran Diperlukan
a. Hospitaliti - Makanan & Minuman (F&B)
b. Hospitaliti 
- Masakan
- Pastri
- Penyedia roti
- Pemandu Pelancong
- Pengemasan
- Kaunter hadapan
-
c. Penggubah bunga (Florist)
d. Pendandan rambut
e. Kesihatan (Kosmetologi)
- Jurukecantikan/Juruestetik
f. Kesihatan (Alternatif therapy)
- Reflexologist

PANDUAN PERMOHONAN
Pemohon adalah perlu mengisi borang permohonan seperti yang dilampirkan di web CIAST
Borang dan lampiran-lampiran yang telah disusun dan dikepilkan hendaklah dihantar ke 
alamat:

PENGARAH 
PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)
PETI SURAT 7012, JALAN PETANI 19/1, SEKSYEN 19,
40900 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
(U.P: UNIT SUMBER MANUSIA, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat. 
Hanya permohonan yang lengkap dan diterima sebelum/pada tarikh tutup permohonan 
sahaja akan diproses. 

Jika pemohon tidak menerima sebarang pemberitahuan dalam tempoh tiga (3) bulan
selepas tarikh tutup permohonan, sila anggap permohonan adalah tidak berjaya.

C. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Ogos 2013 (Jumaat)

Muat Turun Iklan PDF >> DI SINI !!!
logoblog

Thanks for reading Jawatan Kosong di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

Previous
« Prev Post

No comments: