Powered by Blogger.

Sunday, October 20, 2013

Program Biasiswa Peneraju Tunas Potensi

  NR       Sunday, October 20, 2013

Program Peneraju Tunas Potensi merupakan satu program biasiswa untuk pelajar yang berpotensi, berpendapatan isi rumah rendah dan dari persekitaran yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti di institusi pengajian tinggi swasta yang (IPTS) terpilih.

Program biasiswa ini meliputi yuran pengajian, elaun sara hidup dan program sokongan pembangunan insaniah. Mereka yang memenuhi syarat-syarat permohonan seperti di bawah adalah dialu-alukan untuk memohon.

A. Syarat-syarat Kelayakan
Pelajar layak memohon biasiswa ini sekiranya memenuhi kelayakan berikut:

Bumiputera dan warganegara Malaysia
Keputusan peperiksaan:
• SPM 2012 - Minima 5A (A+/A/A-)
• STPM 2012 - Minima 2A
• Matrikulasi / Asasi 2013 - PNGK 3.0
Masih belum melanjutkan pelajaran ke mana-mana program matrikulasi, asasi atau ijazah sarjana muda atas sebab kewangan (Pelajar yang sedang mengikuti program diploma, STPM atau kursus sijil boleh memohon)
Jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000
Aktif dalam ko-kurikulum dan menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi
Tidak menerima mana-mana tajaan pendidikan

B. Bidang-bidang yang ditawarkan
Terbuka untuk semua bidang.

Sila muat turun borang pemohonan dengan menekan butang MUAT TURUN BORANG di bawah. Sila baca arahan dengan teliti pada borang tersebut sebelum menghantar kepada apply@penerajuedu.com.my sebelum 11:59 malam, 28 Oktober 2013.

Peringatan: Sila namakan borang pemohonan dengan nombor MyKad anda.


Permohonan yang tidak memenuhi syarat kelayakan minimum tidak akan diproses.

logoblog

Thanks for reading Program Biasiswa Peneraju Tunas Potensi

Previous
« Prev Post

No comments: