Powered by Blogger.

Monday, October 14, 2013

Tawaran Biasiswa Sukan Persekutuan Kementerian Belia Dan Sukan Sesi 2013 / 2014

  NR       Monday, October 14, 2013


Atlet Malaysia dalam bidang pengajian berikut di Universiti / IPT Tempatan yang diiktiraf Kerajaan adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Sukan Persekutuan Kementerian Belia dan Sukan 

* SAINS SUKAN * KESIHATAN DAN KECERGASAN * PENGURUSAN KESENGGANGAN * 
PENGURUSAN SUKAN DAN REKREASI * PENGAJIAN SUKAN * FISIOTERAPI * 
PEMAKANAN * PENDIDIKAN JASMANI * PERUBATAN *PERGIGIAN * FARMASI * 
PEMULIHAN ANGGOTA * LAIN-LAIN BIDANG BERKAITAN YANG DIPERSETUJUI OLEH 
KEMENTERIAN * 

SYARAT KELAYAKAN 

Permohonan hanya terbuka kepada atlet yang memenuhi syarat: 
1. Warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi umur yang ditetapkan pada tarikh tutup 
permohonan: 
i) 25 tahun bagi pengajian peringkat Diploma; atau 
ii) 30 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Pertama. 

2. Atlet yang masih aktif dalam sukan dengan sekurang-kurang memenangi pingat dalam 
Sukan Malaysia (SUKMA), Sukan Universiti ASEAN (SUA) atau Sukan Institusi Pengajian 
Tinggi (SUKIPT) atau Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf sebelum tarikh tutup permohonan. 
Penyertaan 2 tahun kebelakang sahaja diambil kira. Pegawai dan jurulatih sukan tidak layak 
memohon. 

3. Kategori permohonan : 
i) Pelajar yang sedang mengikuti pengajian hendaklah mencapai minimum Purata Nilai 
Gred Kumulatif (PNGK) 2.00 pada semester terkini (semasa permohonan dibuat) dengan 
baki tempoh pengajian dua (2) semester atau lebih; atau 
ii) Pelajar baru hendaklah telah mendapat surat tawaran pengajian sepenuh masa di 
peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana Universiti / IPT Tempatan yang 
diiktiraf Kerajaan. 

4. Tidak menerima sebarang tajaan / biasiswa daripada mana-mana institusi / agensi kerajaan / 
swasta yang lain. 

5. Sihat dari segi mental dan fizikal. 

6. Pemohon-pemohon yang menerima hadiah biasiswa ini hendaklah terus giat di dalam latihan 
dan pertandingan-pertandingan sukan pilihannya semasa tempoh pengajian dan dikehendaki 
mewakili negara/negeri di dalam pertandingan-pertandingan di peringkat Kebangsaan dan 
Antarabangsa appabila diperlukan. 

7. Pemohon-pemohon yang dipilih hendaklah berkelakuan baik (good-character) dan mempunyai minat serta semangat yang tinggi. 

Tarikh Tutup: 10 November 2013


logoblog

Thanks for reading Tawaran Biasiswa Sukan Persekutuan Kementerian Belia Dan Sukan Sesi 2013 / 2014

Previous
« Prev Post

No comments: