Powered by Blogger.

Friday, November 22, 2013

Info Persediaan & Persiapan Calon Menduduki Sesi Penilaian MAC Temuduga PPPS DG41

  NR       Friday, November 22, 2013
Syarat Asas Permohonan Calon Pendidik MARA & Syarat Lantikan Utama

PENDEKATAN & KAEDAH PENILAIAN PROGRAM MAC 2013

Berdasarkan pendekatan & kaedah penilaian program MARA Assessment Centre (MAC) tahun ini mungkin sedikit berbeza dengan tahun sebelumnya dimana tahun ini kalau dilihat ada item C iaitu Aktiviti Berkumpulan. Pada tahun 2012, persembahan individu ini ada dua iaitu Micro Teaching dan Tugasan manakala tiada aktiviti berkumpulan. Mungkin juga Tugasan & Aktiviti Berkumpulan ini sebenarnya lebih kurang sama. 

[Berikut adalah proses temuduga pada tahun 2012]


A. Ujian Psychometric
Setelah mendaftar awal pagi, pihak MARA akan menjelaskan proses perjalanan temuduga. Pada peringkat pertama ialah Ujian Psychometric (60 Soalan Aneka Pilihan). Ujian ini mengenai MARA, pengetahuan Am dan Isu-isu kependidikan.

Contoh:
Mengenai MARA
- MARA terletak di bawah kementerian apa?
- Sejarah MARA
- Misi dan Visi MARA

Pengetahuan Am
- Soalan Matematik, Bahasa Inggeris, Sains, 
- Perdana Menteri 

Isu-Isu Kependidikan
- Dasar Pendidikan Kebangsaan

B. Tugasan Individu (Mirco Teaching & Tugasan)

Peringkat ke-2, calon akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan daripada A hinggalah I, J mengikut jumlah calon. Setiap calon akan ditemuduga 3 panel penemuduga.

Soalan Esei (4 Soalan) ketika sedang menunggu giliran Mirco Teaching


Soalan dalam BI & calon dibenarkan untuk menjawab dalam BI ataupun BM.


1. Write CHANGES that you would like to see in the organization if selected.
2. What are the STRATEGIC INITIATIVES that you would implement to being the organization to the next level of excellence?
3. What are your CURRENT STRENGTHS that would ensure flawless execution of the strategic initiatives implement and GIVE RELEVANT example of each of your strength stated above.
4. Ada sebuah video klip ditonton. Soalan: Bagaimana anda menjadikan diri anda daripada seorang guru biasa kepada pekerja yang bersemangat untuk memandu organisasi ke hadapan.

{lebih kurang beginilah soalan ketika berada di dewan semasa menunggu giliran Mirco Teaching} 

Micro Teaching (10 minit)

Pilih satu tajuk yang sesuai untuk diajar berdasarkan subjek anda. 

Untuk subjek Biology, Chemistry, Mathematics, Physic digalakkan menggunakan Bahasa Inggeris ketika mengajar. 

Walaupun calon tidak diberitahu untuk membuat RANCANGAN MENGAJAR, namun sebagai bakal cikgu anda harus tahu setiap kali sebelum mengajar rancangan mengajar mesti ada. {Sila rujuk pada email ada BORANG PENYELIAN PENGAJARAN, di situ sebenarnya panel penilai lebih mudah memberikan markah untuk anda ada RP ataupun Lesson Plan. Berikan rancangan mangajar anda tersebut pada panel penilai tanpa perlu disuruh}

Tugasan (10 Minit)

Semasa dalam kumpulan, setiap calon dikendakali memilih satu sampul surat yang mengandungi 1 soalan yang berbeza untuk dibentangkan. 

Setiap calon hanya diberikan sehelai kertas mahjong dan maker. Calon dikendaki menyiapkan tugasan diberikan dalam tempoh diberikan dan bentangkan selama 5 minit. 

{Pada tugasan ini panel nak melihat bagaimana tulisan anda, kepantasan untuk berfikir dan memberikan idea}

C. Penilaian Temuduga

Contoh soalan semasa temuduga:

1. Perkenalkan diri anda - Latar belakang diri dan keluarga, Pendidikan. 

2. Apa pekerjaan anda sekarang? Pernah menjadi guru?
3. Apa perbezaan MRSM dengan Sekolah Menengah Kerajaan. 
4. Kenapa MARA harus ambil awak?
5. Nak tak dihantar ke Semenanjung (Bagi calon Sabah / Sarawak) manakala calon Semenanjung juga ditanya nak tak dihantar ke Sabah ataupun Sarawak.

10 Tips Temuduga

1. Sarapan dulu awal pagi. Bawa minuman / bekalan makanan kerana proses temuduga ini dari pagi sehinggalah ke petang. 
2. Rujuk pekara am mengenai Kehadiran, Pakaian, Ketepatan Masa dan Telefon Bimbit pada lampiran email anda.
3. Banyakkan bertanya dengan rakan ataupun mencari maklumat di internet mengenai temuduga ini. Setiap subjek adalah berbeza. Contohnya, Biology calon dikendaki untuk membuat latihan amali, untuk subjek Kaunseling tu micro teachingnya adalah membentangkan projek paper. 
4. Rujuk “Interview Assessment Form” - Competencies Demonstrated & Observed During Interview Session pada lampiran email untuk mengetahui skema markah panel penilai. 
5. MARA tidak menyediakan laptop dan LCD untuk tujuan pengajaran, jika perlu sila bawa sendiri. 
6. Kebolehan calon dinilai dari segi personaliti, suara, kreativiti dan kebolehan (bakat/kemahiran). Kelebihan berbahasa inggeris akan diberi perhatian.
7. Kegagalan calon mengikuti semua atau salah satu penilaian dalam 3 komponen penilaian akan menyebabkan calon tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan ke jawatan yang dipohon.
8. Bawa semua dokumen yang diperlukan. Susun semua sijil dengan baik dalam folder. Sila buat semakan pengiktirafan Ijazah melalui laman web JPA di www.interactive.jpa.my, cetak dan bawa semasa temduga. 
9. Tunjukkan Mirco Teaching anda yang terbaik dalam tempoh masa diberikan dimulai dengan set induksi yang menarik minat panel (anggap sebagai pelajar) untuk belajar. Perhatian, penyoalan anda terhadap pelajar interaksi penting. Bawa ABM jika perlu serta tunjukkan kreativiti anda semasa mengajar. Ada panel sengaja seperti tidak menumpukan perhatian, tidur dalam kelas, aktif bertanya. Berlakon mengajar dengan teliti dan mempunyai kasih sayang. Anda harus bijak menguruskan karenah pelajar serta mewujudakan budaya untuk minat belajar. 
10. Semasa temuduga, jawab soalan panel dengan ikhlas, yakin dan memberi respon dengan jawapan yang positif. 

****************
Artikel ini sekadar info berdasarkan pengalaman sendiri. Sebarang perbezaan dan perubahan maklumat pembaca perlu merujuk temuduga di tempat lain. Untuk mengetahui proses temuduga di Sarawak, Sabah ataupun Semenanjung baca tips dan pengalaman daripada blogger mengenai temuduga Guru / Pensyarah MARA ini:
5. Zahira - Bahasa Inggeris
6. Abaiis
7. Nurfauzi Bassar - Pendidikan Islam
8. Miera
9. Norhazrin
10. Nur Cahaya


****************
Calon yang berjaya terpilih dalam temuduga ini akan dipostingkan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Instutut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM). Selamat menduduki temuduga sesi penilaian MAC bagi jawatan PPPS DG41. 
logoblog

Thanks for reading Info Persediaan & Persiapan Calon Menduduki Sesi Penilaian MAC Temuduga PPPS DG41

Previous
« Prev Post

1 comment:

Atiqah H. said...

ni untuk cikgu punya..tpi ni lebih kurang sama dengan skim pinjaman Mara nak pergi luar negara..