Powered by Blogger.

Tuesday, January 21, 2014

100 Siswazah Dari Amerika Untuk Program Pembantu Guru BI Selama 10 Bulan Di 6 Negeri

  NR       Tuesday, January 21, 2014

KUALA LUMPUR - Sebanyak 100 siswazah dari universiti terkemuka di Amerika Syarikat (AS) tiba di Malaysia baru-baru ini bagi memulakan program Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) Fulbright selama 10 bulan di enam negeri.
Duta AS di Malaysia, Joseph Yun berkata, ETA ini akan ditugaskan di sekolah rendah dan menengah di Terengganu, Johor, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak.
"Berdasarkan kepada kejayaan cemerlangnya, program ETA dikembangkan di Sabah dan Sarawak serta bilangan ETA ini meningkat daripada 75 kepada 100, menjadikannya satu daripada program ETA terbesar di dunia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata memandangkan program itu terus berkembang, persahabatan yang dijalin ETA akan mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara AS dan Malaysia.
Menurutnya objektif program itu untuk meningkatkan persefahaman antara rakyat AS dan rakyat lain di seluruh dunia.
Selain kerja kelas mereka, ETA menganjurkan aktiviti luar kurikulum yang dijalankan dalam Bahasa Inggeris (BI) selain mereka juga dapat memahami dengan lebih mendalam budaya Malaysia apabila tinggal dan bekerja di enam negeri berkenaan.
Yun berkata, AS menyediakan sokongan teknikal kepada ETA menerusi lawatan oleh pakar BI yang juga membantu melatih guru di Malaysia dan memberi nasihat mengenai kurikulum.
ETA akan membawa bahan-bahan pengajaran terkini yang disediakan secara percuma oleh Jabatan Negara AS. - Bernama, 7/1/2014
logoblog

Thanks for reading 100 Siswazah Dari Amerika Untuk Program Pembantu Guru BI Selama 10 Bulan Di 6 Negeri

Previous
« Prev Post

No comments: