Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti hasil siasatan Jabatan Pendidikan Perak yang mendapati adalah tidak wajar guru berkenaan mendenda murid sedemikian rupa yang boleh dianggap keterlaluan.
Tindakan guru berkenaan juga didapati telah memberikan imej yang kurang baik kepada Kementerian Pendidikan dan sehubungan itu kementerian telah bersetuju untuk mengenakan tindakan menukarkan guru tersebut ke sekolah lain," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Dalam insiden Khamis lalu, guru berusia 26 tahun itu menggantung loceng dan memaksa dua murid Tahun Empat iaitu Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith memakan rumput kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
- Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment